Judul : MAHATHIR HINA HADI KERANA DENDAM- IDRIS
link : MAHATHIR HINA HADI KERANA DENDAM- IDRIS
MAHATHIR HINA HADI KERANA DENDAM- IDRIS
Tun Dr Mahathir Mohamad masih berdendam dengan PAS sehingga sanggup menghina Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata Mahathir mempunyai dendam peribadi dengan PAS kerana beliau pernah kalah dengan dengan calon PAS di Kota Setar Selatan pada 1969 iaitu Allayarham Yusuf Rawa.
“Jadi tidak mustahil jika beliau berterusan menyerang PAS dan yang terkini menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi ‘tidak lebih dari sekadar ustaz kampung’,” katanya kepada media selepas ceramah di Arau, Selasa malam.
“Semua tahu majoriti pengundi di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah orang Melayu dan parti yang betul-betul menjadi pilihan orang Melayu hanya UMNO atau PAS,” katanya.
Malah, beliau menyifatkan tindakan Mahathir menghina Abdul Hadi tidak lebih hanya ingin memenuhi kepentingan peribadinya.
“Kenapa perlu menghina? Saya lihat dari dulu lagi siapa yang seolah-olah mengancam kedudukannya dalam parti politik, dia pasti akan melakukan sesuatu.
“Itu yang sampai menghina orang lain dan tindakan itu tidak lebih dari hanya untuk memenuhi kepuasannya sendiri,” katanya.
Sebelum ini, Mahathir dilaporkan menggelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ‘ustaz kampung’ dan orang yang tidak berpengetahuan dalam bidang politik.
Demikianlah Artikel MAHATHIR HINA HADI KERANA DENDAM- IDRIS
Sekianlah artikel MAHATHIR HINA HADI KERANA DENDAM- IDRIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MAHATHIR HINA HADI KERANA DENDAM- IDRIS dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/mahathir-hina-hadi-kerana-dendam-idris.html