Judul : Kalau Nur Jazlan berani mari debat, bukan hantar orang ganggu ceramah
link : Kalau Nur Jazlan berani mari debat, bukan hantar orang ganggu ceramah
Kalau Nur Jazlan berani mari debat, bukan hantar orang ganggu ceramah
Oleh AMNI JAGAT

Salahudin cabar Nur Jazlan berdebat bukan hantar orang ganggu ceramah beliau.
Sebelum ini ceramah Salahuddin diganggu oleh sekumpulan hadirin yang memakai pakaian berlambangkan Barisan Nasonal (BN).
Menurut saksi, matlamat dan cara yang dipamerkan adalah sama seperti sebelum ini yaitu untuk menghalang ceramah serta membuat rasa kurang senang sepanjang program ceramah diadakan.
Menurut Salahuddin ketika ucapannya dalam ceramah berkenaan, tindakan Umno itu dilihat seperti dalam keadaan panik.
“Nur Jazlan tidak perlu pakai orang-orang suruhan beliau bagi mengganggu ceramah kami. Jika Nur Jazlan benar-benar berani ayuh kita berdebat.

Sekumpulan anak muda yang mengganggu Salahudin berceramah.
Sebelum itu, kira-kira sekitar jam 8:00 malam, sekumpulan penunggang motorsikal sebanyak 20 buah telah berlonggok di kawasan berdekatan khemah.
Mereka yang hadir itu kebanyakkannya mengenakan pakaian berwarna biru berlambangkan BN cuba untuk menghalang ceramah yang mahu diadakan.
Namun kehadiran pihak berkuasa polis juga telah berjaya mengawal keadaan dengan terdapat kira-kira 30 orang polis beruniform yang turut hadir di situ.

Salahudin berbincang dengan polis yang datang membantu menyelesaikan keadaan.
“Sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menguasai negara ini pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14), kami akan merombak gaji kakitangan awam termasuk pihak berkuasa polis untuk dinaikkan.
“Perkara ini adalah untuk membalas budi mereka serta mengiktiraf kesungguhan pihak berkuasa polis yang menjaga keselamatan awan di negara ini,” ujarnya.
Demikianlah Artikel Kalau Nur Jazlan berani mari debat, bukan hantar orang ganggu ceramah
Sekianlah artikel Kalau Nur Jazlan berani mari debat, bukan hantar orang ganggu ceramah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalau Nur Jazlan berani mari debat, bukan hantar orang ganggu ceramah dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kalau-nur-jazlan-berani-mari-debat.html