Judul : Mengapa tsunami Melayu tidak akan berlaku kepada PH?
link : Mengapa tsunami Melayu tidak akan berlaku kepada PH?
Mengapa tsunami Melayu tidak akan berlaku kepada PH?
Dalam 'keseronokan' Dr Mahathir menyerang PAS, beliau terlajak sehingga adanya kenyataan-kenyataan kontroversi mengenai agama yang boleh menjejaskan undi Melayu terhadap PH.
Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu yang diharapkan dapat menarik sokongan orang Melayu ke arah PH selepas kehilangan PAS yang memilih untuk bergerak sendiri.
Antara kempen-kempen yang sedang dijalankan untuk mempromosikan Dr Mahathir agar dapat diterima rakyat semula sebagai PM ialah membangkitkan sentimen-sentimen rakyat yang pernah hidup di bawah pemerintahan Dr Mahathir berbanding zaman di bawah perdana menteri hari ini, iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Persoalan besar pada strategi ini ialah apakah mereka yang pernah melalui kehidupan di zaman Dr Mahathir sebagai PM dapat “connect” dengan Dr Mahathir yang “baru” ini yang ingin memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), bersama pimpinan DAP untuk “menyelamatkan negara” dan kononnya tiada masalah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM?
U-turn yang dilakukan oleh Dr Mahathir setakat ini tidak terkira banyaknya. Semua ini dilakukan demi mencukupkan syarat beliau untuk bersama mereka yang menentangnya berdekad lamanya. Ini kemungkinan besar menyebabkan Dr Mahathir menjadi asing kepada mereka yang mengenalinya di zaman beliau menjadi PM.
Selain kempen perbandingan itu, Dr Mahathir juga melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas badan Najib dengan pelbagai gelaran agar beliau kelihatan lebih suci dan baik berbanding anak didiknya.
Namun serangan pedas beliau ke atas badan Najib tidak dibalas dengan serangan yang sama.
Bahkan, Najib membalas serangan Dr Mahathir dengan cara yang amat berbeza sekali.
Sekali-sekala, Najib akan mengusik usia Dr Mahathir dan rekod Dr Mahathir sebagai PM, tetapi kebanyakan masa Najib menghabiskan masa mempromosikan perkembangan terkini ekonomi negara, rating-rating daripada institusi ekonomi antarabangsa dan juga penjelasan mengenai tindakannya memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Atas dasar ini pada pandangan sudut politik orang Melayu, Najib kelihatan jauh berhemah berbanding Dr Mahathir.
Pada masa yang sama, Dr Mahathir mengharapkan pengundi atas pagar tidak akan mengundi PAS dengan melakukan serangan bertubi-tubi ke arah PAS.
Dalam “keseronokan” Dr Mahathir menyerang PAS, beliau terlajak sehingga adanya kenyataan-kenyataan kontroversi mengenai agama yang boleh menjejaskan undi Melayu terhadap PH.
Apa yang lebih memburukkan keadaan ialah hujah-hujah agama Dr Mahathir sering disertai dengan pelbagai kontroversi, sindiran dan perlekehan terhadap agamawan yang tidak bersetuju dengannya.
Islam dan menjaga kesucian agama Islam adalah antara faktor yang menentukan hala undi Melayu.
Daripada sudut ini, Najib kelihatan jauh lebih bijak kerana beliau berjaya mengelak sebarang ulasan mengenai polemik agama berbanding Dr Mahathir.
Di dalam PH hari ini, semua pihak meletakkan harapan di bahu Dr Mahathir yang berumur 93 tahun untuk menarik undi orang Melayu. Tiada tokoh lain selain beliau di dalam PH yang dilihat mampu menarik undi orang Melayu. Berapa ramai pembaca senyap di luar sana yang memandang serong terhadap realiti ini?
Jika ada anak yang sihat dan berpendidikan di dalam keluarga yang masih bergantung pada bapanya yang berumur 90 tahun untuk mencari rezeki menampung kehidupan, masyarakat akan melihat anak itu layak digelar sebagai anak derhaka atau anak tak guna di dalam hati, walaupun anaknya hebat berhujah tiada apa masalah untuk mengharapkan rezekinya pada bapanya yang sudah berusia.
Pandangan sunyi sedemikian juga wujud di dalam dunia politik. Orang politik tidak harus mengambil mudah perkara ini.
Pendek kata, tsunami Melayu ke arah PH susah berlaku. PH kira bernasib baik jika prestasi pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar dapat dipertahankan.
Demikianlah Artikel Mengapa tsunami Melayu tidak akan berlaku kepada PH?
Sekianlah artikel Mengapa tsunami Melayu tidak akan berlaku kepada PH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mengapa tsunami Melayu tidak akan berlaku kepada PH? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/mengapa-tsunami-melayu-tidak-akan.html