Kamarul Bahrin dan Noryn Aziz sedang jalani Sulh

Kamarul Bahrin dan Noryn Aziz sedang jalani Sulh - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kamarul Bahrin dan Noryn Aziz sedang jalani Sulh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kamarul Bahrin dan Noryn Aziz sedang jalani Sulh
link : Kamarul Bahrin dan Noryn Aziz sedang jalani Sulh

Baca juga


Kamarul Bahrin dan Noryn Aziz sedang jalani Sulh

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan isterinya penyanyi Noryn Aziz sedang melalui proses Sulh di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu.
 
Proses berkenaan biasanya dilakukan oleh pasangan suami isteri yang berselisih untuk mencapai perdamaian.
 
Dalam satu kenyataan hari ini, Raja Bahrin berkata beliau tampil menjelaskan perkara itu bagi mengelak spekulasi.
 
“Walaupun pada asalnya saya tidak berhajat membuat apa-apa kenyataan mengenai isu ini, tetapi bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan berbagai spekulasi dan andaian, adalah lebih wajar kenyataan ini dikeluarkan.
 
“Bagi menjawap pertanyaan tentang kehadhiran kami di Mahkamah Syariah, setelah saya mempertimbangkan sedalam dalamnya dan berikhtiar cuba menyelesaikan situasi rumah tangga kami, saya telah mengambil keputusan mengemukakan kes perkhawinan kami kepada Mahkamah Syariah.
 
“Saya telah memilih untuk merakamkan pendirian tertentu saya dalam situasi yang kami hadapi dan membawa isu berkenaan ke Mahkamah Syariah untuk sesi majlis sulh. Kes ini telah berada di peringkat sulh yang baru selesai diadakan sesi pertamanya," katanya.
 
Raja Bahrin menambah, tindakan itu adalah jalan terbaik bagi cuba mengatasi isu rumahtangganya dengan cara yang setertib mungkin.
 
“Saya berdoa semoga satu penyelesaian yang baik dapat di capai dalam isu rumah tangga kami ini.
 
"Saya dengan rendah diri juga memohon semua pihak menghormati privacy kami dalam masa kami menghadapi situasi serta suasana semasa kes kami berada di Mahkamah Syariah. Semoga satu penyelesaiaan secara terbaik boleh dicapai.
 
“Kepada mereka yang mengambil berat ehwal kami dan juga anak kami yang masih kecil, saya ucapkan setinggi tinggi terima kasih dan penghargaan. InsyaAllah saya akan memaklumkan kepada pihak media akan apa apa perkembangan selanjutnya,” katanya.
 
Raja Bahrin dan Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd Aziz diijabkabul pada 22 Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raja Bariq Umar Shah yang kini berusia 4 tahun.
 
 


Demikianlah Artikel Kamarul Bahrin dan Noryn Aziz sedang jalani Sulh

Sekianlah artikel Kamarul Bahrin dan Noryn Aziz sedang jalani Sulh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kamarul Bahrin dan Noryn Aziz sedang jalani Sulh dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kamarul-bahrin-dan-noryn-aziz-sedang.html

Subscribe to receive free email updates: