SPR: Persempadanan semula ‘tak dapat dielak’ ubah komposisi kaum

SPR: Persempadanan semula ‘tak dapat dielak’ ubah komposisi kaum - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR: Persempadanan semula ‘tak dapat dielak’ ubah komposisi kaum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR: Persempadanan semula ‘tak dapat dielak’ ubah komposisi kaum
link : SPR: Persempadanan semula ‘tak dapat dielak’ ubah komposisi kaum

Baca juga


SPR: Persempadanan semula ‘tak dapat dielak’ ubah komposisi kaum

Gambar Reuters


KUALA LUMPUR: Perubahan komposisi kaum dalam sesuatu bahagian pilihan raya bukan fokus utama dalam melaksanakan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Bahagian Persempadanan SPR, Mohd Shukur Khalid berkata sebaliknya, SPR memberi perhatian kepada elemen mengurangkan jurang bilangan pemilih, kemudahan urusan pentadbiran pilihan raya dan pendaftaran pemilih, pemeliharaan hubungan tempatan serta memberi ruang kepada wakil rakyat yang dilantik memberi perkhidmatan secara berkesan.

“Walaupun kesan urbanisasi berlaku sejak zaman awal kemerdekaan lagi, realitinya penempatan penduduk di kawasan bandar bergantung pada pendapatan mereka sendiri,” katanya kepada Bernama Radio semalam.

Menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa syor SPR menyebabkan polarisasi kaum, Shukur berkata realitinya, pelaksanaan kajian semula persempadanan yang melibatkan pemindahan Daerah Mengundi secara tidak langsung akan mengakibatkan perubahan komposisi kaum dalam sesuatu bahagian pilihan raya dan perkara ini tidak boleh dielakkan.

Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Mac lepas dan menerima sokongan 129 anggota Parlimen berbanding 80 yang menolak.

Laporan kajian semula persempadanan itu mengesyorkan tiada pertambahan kerusi bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), bermakna kerusi Parlimen dan DUN masing-masing kekal pada 222 dan 587.

SPR juga mengesyorkan perubahan nama pada 12 kawasan Parlimen serta 28 kawasan DUN di Semenanjung Malaysia, dan kali terakhir kajian semula persempadanan itu diadakan adalah pada 2003.

Usul tersebut diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Mac lalu.



Demikianlah Artikel SPR: Persempadanan semula ‘tak dapat dielak’ ubah komposisi kaum

Sekianlah artikel SPR: Persempadanan semula ‘tak dapat dielak’ ubah komposisi kaum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR: Persempadanan semula ‘tak dapat dielak’ ubah komposisi kaum dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/spr-persempadanan-semula-tak-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: