Kes Rizalman ada unsur sabotaj, kata Ku Nan

Kes Rizalman ada unsur sabotaj, kata Ku Nan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Rizalman ada unsur sabotaj, kata Ku Nan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Rizalman ada unsur sabotaj, kata Ku Nan
link : Kes Rizalman ada unsur sabotaj, kata Ku Nan

Baca juga


Kes Rizalman ada unsur sabotaj, kata Ku Nan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Kes penyalahgunaan dadah membabitkan Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dilihat ada unsur sabotaj, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
"Kita tahu ada unsur-unsur sabotaj. Dua tiga minggu lepas kena pada Datuk Jo (Johari Abdul Ghani). Ini musim 'the silly times in politics'.
 
"Dua hari lepas kena Datuk Rizalman. Tiga empat hari lagi tak tahu siapa lagi kena," kata Tengku Adnan kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya hari ini.
 
Rizalman semalam mendakwa beliau disabotaj dan menafikan dirinya menggunakan dadah meskipun ujian air kencing yang dijalankan oleh polis menunjukkan ia positif.
 
Beliau turut mempersoalkan mengapa serbuan itu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seraya menyifatkan ia sangat mencurigakan.
 
Rizalman juga mendakwa kejadian itu adalah satu perangkap untuk menjejaskan peluangnya menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.
 
Ditanya sama ada tindakan sabotaj itu mungkin datang dari BN, Tengku Adnan menjawab: "Kita ada problem luar dalam".
 
Mengimbas semula kejadian serbuan itu, Rizalman berkata dia tiba di kelab malam itu pukul 11.30 malam selepas menerima jemputan oleh rakannya untuk berkaraoke di sebuah kelab malam.
 
"Kemudian, seawal jam 2 pagi, tiba-tiba bilik itu telah diserbu oleh SPRM dan pegawai polis.
 
"Mereka terus menuju ke bilik tersebut. Bukan operasi yang pergi setiap bilik. Terus pergi ke bilik 202.
 
"(Mereka) terus minta IC, tanya minum apa dan terus bawa kami ke balai. Proses tersebut berlaku dalam 15 minit," katanya dalam klip video yang dimuat naik bekas setiausaha bahagian Zaharin Mohd Yasin.
 
Ketika tiba di balai polis, jelas Rizalman, situasi lebih pelik terjadi apabila kesemua 12 tahanan diperiksa urin dengan jagaan pegawai SPRM.
 
"Sampai di sana, terus dibuat pemeriksaan air kencing dengan disaksikan sendiri oleh pegawai SPRM, yang memang tak pernah dilakukan pun, dan (perkara ini) diperakui oleh polis.
 
"Pemeriksaan air kencing pun saya susah nak kencing. Saya kencing dua orang tunggu kiri dan kanan," katanya.
 
Jelas Rizalman lagi, keputusan pemeriksaan air kencingnya yang terakhir diproses.
 
 


Demikianlah Artikel Kes Rizalman ada unsur sabotaj, kata Ku Nan

Sekianlah artikel Kes Rizalman ada unsur sabotaj, kata Ku Nan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Rizalman ada unsur sabotaj, kata Ku Nan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/kes-rizalman-ada-unsur-sabotaj-kata-ku.html

Subscribe to receive free email updates: