Langgar Akta Pertubuhan: RoS bubar sementara PPBM

Langgar Akta Pertubuhan: RoS bubar sementara PPBM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Langgar Akta Pertubuhan: RoS bubar sementara PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Langgar Akta Pertubuhan: RoS bubar sementara PPBM
link : Langgar Akta Pertubuhan: RoS bubar sementara PPBM

Baca juga


Langgar Akta Pertubuhan: RoS bubar sementara PPBM

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: PPBM pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibelit pelbagai masalah dalaman diarah bubar sementara setelah parti itu gagal melaksanakan arahan Pendaftar Pertubuhan untuk mengemukakan dokumen tertentu kepadanya. 
 
Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim berkata PPBM didapati melanggar Akta Pertubuhan walaupun diberi cukup ruang untuk mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan. 
 
"Perintah pembubaran sementara itu sudah dikemukakan kepada PPBM pada jam 12.30 tengahari tadi dengan dialamatkan bagi serahan kepada Setiausaha Agung PPBM.
 
"ROS dapati PPBM gagal menyerahkan dengan sepenuhnya segala butir maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) akta sama pada 28 Februari lalu," katanya.
 
Surayati berkata PPBM diberi 30 hari untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu namun perlu mengemukakan semua dokumen-dokumen yang diminta RoS.
 
Jika gagal berbuat demikian, PPBM akan secara automatik terbubar, beliau memberitahu sidang media di sini sebentar tadi.
 
"Jadi, menurut Seksyen 14 (6) Akta Pertubuhan 1966, sekiranya PPBM dalam tempoh tidak lebih 30 hari dari tarikh perintah pembubaran sementara ini dikeluarkan, menyerahkan butir maklumat dan dokumen seperti diperintahkan, ROS boleh membatalkan perintah pembubaran sementara berkenaan.
 
"Berdasarkan Seksyen 14 (7) akta sama, selepas tamat tempoh 30 hari itu, sekiranya ada rayuan dan selepas dari tarikh jika rayuan itu ditolak, maka Perintah Pembubaran Sementara ini akan menjadi mutlak dan PPBM dibatalkan pendaftarannya.
 
"PPBM dibubarkan sementara dan segala akiviti yang berkait dengan parti tidak dibenarkan buat masa sekarang," jelasnya.
 
Pembubaran sementara PPBM bermakna Pakatan Harapan yang disertai oleh parti itu bersama DAP, PKR dan Amanah tidak boleh berdaftar sebagai sebuah parti politik demi menggunakan logo sama untuk PRU14.
 
Dalam keadaan itu, Dr Mahathir berkata calon-calon PH akan menggunakan logo satu daripada tiga parti lain di dalam gabungan itu.
 
Beberapa pemimpin PKR mengesahkan sudah ada persetujuan untuk calon calon PH menggunakan logo PKR pada PRU14 sungguhpun keputusan itu tidak disenangi DAP.
 
Pengumuman mengenai logo itu akan dibuat esok oleh Dr Mahathir sendiri di Pasir Gudang Johor.
 
Surayati juga turut menjelaskan bahawa 428 aduan yang diterima RoS adalah berkaitan dengan sistem tadbir urus PPBM.
 
"Kebanyakan dengan tadbir urus dimana ahli tidak berpuas hati dengan cara pemimpin mengendali parti.
 
"Contohnya, cara mengendalikan mesyuarat, dokumen yang sepatutnya diedarkan kepada ahli dan penggunaan perkataan Armada yang tidak wujud dalam perlembagaan.
 
"Disini kepimpinan tidak menerangkan dengan baik kepada ahli akar umbi," tegasnya.
 
PPBM ditubuhkan tahun lalu selepas Dr Mahathir, anaknya Mukhriz  dan Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar Umno setelah gagal mendapat sokongan dalam parti itu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
 
Bagaimanapun PPBM ditimpa masalah perbalahan di kalangan pemimpin utamanya selain gagal mengadakan mesyuarat di peringkat cawangan dan bahagian.
 
Keadaan itu menyebabkan ribuan ahli PPBM keluar parti di beberapa negeri, termasuk Kedah, Negeri Sembilan dan Perak.
 
Mengulas keputusan RoS hari ini, Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamaruddin Md Noor berkata pihaknya tidak menerima sebarang notis mengenai pembubaran itu dan menimbang untuk mengambil tindakan terhadap RoS



Demikianlah Artikel Langgar Akta Pertubuhan: RoS bubar sementara PPBM

Sekianlah artikel Langgar Akta Pertubuhan: RoS bubar sementara PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Langgar Akta Pertubuhan: RoS bubar sementara PPBM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/langgar-akta-pertubuhan-ros-bubar.html

Subscribe to receive free email updates: