Judul : Najib benci sistem demokrasi, kata Dr M
link : Najib benci sistem demokrasi, kata Dr M
Najib benci sistem demokrasi, kata Dr M
MALAYSIAKINI
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak membenci sistem demokrasi dan mahu memusnahkan pembangkang.
"Saya bimbang kerana saya tahu Najib tidak akan bertolak ansur dengan pembangkang, dia tidak sukakan demokrasi. Sekarang kita lihat dia cuba menghalang pembangkang daripada bertanding (dalam PRU), terutama saya.
"Dia cuba menyingkirkan saya. Jika dia ada keberanian, dia akan menangkap saya," kata bekas perdana menteri itu pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau megulas tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membubarkan secara sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkuatkuasa semalam.
Mahathir yang merupakan pengerusi BERSATU mendakwa ROS cuba menghalangnya daripada bertanding pada pilhan raya umum (PRU) akan datang.
"Apa yang kita lihat ini bertentangan dengan demokrasi. Negara ini memutuskan untuk menggunakan sistem demokrasi, memberikan hak kepada rakyat memilih kerajaan dan menubuhkan parti politik.
"Apa yang dilakukan ROS bertentangan dengan pemahaman fungsi Perlembagaan Persekutuan, ROS cuba menghalang parti kami dan khususnya saya sendiri daripada bertanding dalam pilihan raya," katanya lagi.
LIHAT VIDEO DI SINI
Demikianlah Artikel Najib benci sistem demokrasi, kata Dr M
Sekianlah artikel Najib benci sistem demokrasi, kata Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib benci sistem demokrasi, kata Dr M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/najib-benci-sistem-demokrasi-kata-dr-m.html