Judul : Pengasas DAP tak setuju 'tiada roket' pada PRU14
link : Pengasas DAP tak setuju 'tiada roket' pada PRU14
Pengasas DAP tak setuju 'tiada roket' pada PRU14
MALAYSIAKINI
Chen Man Hin, yang adalah antara pengasas DAP tampil menyatakan rasa kurang senangnya dengan keputusan untuk bertanding tanpa menggunakan logo roket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
"Saya sedih, kita telah gunakan logo ini dalam perjuangan kita. Roket itu melambangkan DAP," katanya kepada akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.
Bekas anggota Parlimen Seremban selama lima penggal itu mengakui bahawa beliau terkejut dengan keputusan untuk tidak menggunakan roket di Semenanjung Malaysia.
Chen berkata beliau telah cuba menghubungi pemimpin Parlimen DAP Lim Kit Siang untuk membincangkan perkara itu tetapi gagal bercakap dengannya.
"Saya tidak faham mengapa jawatankuasa eksekutif DAP (CEC) membuat keputusan itu, daripada menanggap ini sebagai pengorbanan, mengapa kita tidak jadikan inistrategi?" soalnya.
Chen juga memberi amaran bahawa penyokong lama DAP mungkin keliru semasa pilihan raya nanti jika calon parti itu bertanding di bawah logo yang berbeza.
Bagaimanapun, bekas ahli parlimen itu berkata beliau tidak akan campur tangan dalam urusan parti itu.
Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa Pakatan Harapan mungkin menggunakan logo PKR pada pilihan raya akan datang.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan memperkenalkan logo bersama mereka pada sebuah majlis di Pasir Gudang, Johor, malam ini.
Tinjauan rambang yang dilakukan oleh Malaysiakini di Kuala Lumpur juga mendapati ramai penyokong DAP tidak mengenali logo PKR.
DAP telah menggunakan logo roket sejak ia pertama kali bertanding pada pilihan raya umum tahun 1969.
Demikianlah Artikel Pengasas DAP tak setuju 'tiada roket' pada PRU14
Sekianlah artikel Pengasas DAP tak setuju 'tiada roket' pada PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengasas DAP tak setuju 'tiada roket' pada PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pengasas-dap-tak-setuju-tiada-roket.html