NGO, wakil penduduk mahu Najib serah Wangsa Maju pada Shafei

NGO, wakil penduduk mahu Najib serah Wangsa Maju pada Shafei - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO, wakil penduduk mahu Najib serah Wangsa Maju pada Shafei, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO, wakil penduduk mahu Najib serah Wangsa Maju pada Shafei
link : NGO, wakil penduduk mahu Najib serah Wangsa Maju pada Shafei

Baca juga


NGO, wakil penduduk mahu Najib serah Wangsa Maju pada Shafei

 
Sebuah gabungan NGO dan wakil penduduk Wangsa Maju bukan sahaja mahu Umno mempertahankan kerusi itu tetapi juga mahu Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah dicalonkan.


Zulkifly Sharif berkata Shafei rajin turun kawasan dan mempunyai skuad khas untuk membantu warga Wangsa Maju yang ditimpa musibah.


KUALA LUMPUR: Sebuah gabungan badan bukan kerajaan dan wakil penduduk Wangsa Maju menggesa Umno mempertahankan Parlimen Wangsa Maju dan meletakkan pilihan mereka, Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah di situ.

Setiausaha Sekretariat NGO Berbai’ah Malaysia, Zulkifly Sharif menjelaskan kerusi itu pada asalnya milik Umno yang dipinjamkan kepada MCA pada pilihan raya umum 2004 dan diserah semula kepada Umno pada PRU 2008.

Zulkifly berhujah komposisi kaum pengundi berdaftar terdiri daripada 61% Melayu, 28% Cina, 9% India dan 2% lain-lain.

“Maka calon tersebut hendaklah dari calon Umno dan bukannya dari MCA,” katanya pada sidang media di Dewan Komuniti Taman Setapak Indah hari ini.

Pada PRU 2004, MCA mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 10,185 undi. PKR menghentikan penguasaan MCA pada PRU 2008 dan menepis cubaan Umno pada PRU 2013.



Ditanya mengenai calon pilihan mereka, Zulkifly berkata Shafei mempunyai rekod perkhidmatan yang baik selaku Ketua Umno Wangsa Maju.

“Jasa dan khidmat beliau kepada masyarakat tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama,” katanya.
 
Beliau berkata Shafei rajin turun kawasan dan mempunyai skuad khas untuk membantu warga Wangsa Maju yang ditimpa musibah.

Pengerusi UDA Holdings Berhad itu pernah mencuba nasib pada PRU 2013 tapi tewas di tangan calon PKR, Tan Tee Kwong, dengan majoriti 5,511 undi.

Zulkifly menolak kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mendakwa Parlimen Wangsa Maju kerusi tradisi MCA.

“Kita merasa kecewa sekiranya (pengerusi BN) Datuk Seri Najib Razak memberi kerusi ini kepada MCA tapi tunggu dan lihat lah apa tindakan kami dan kami tidak ada kompromi,” katanya.

Dua hari lalu, Liow berkata parti komponen BN yang akan diletakkan di Wangsa Maju akan dimuktamadkan sehari sebelum 28 April.

Liow berkata “kerusi tradisi MCA” itu masih sedang dirunding.



Demikianlah Artikel NGO, wakil penduduk mahu Najib serah Wangsa Maju pada Shafei

Sekianlah artikel NGO, wakil penduduk mahu Najib serah Wangsa Maju pada Shafei kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO, wakil penduduk mahu Najib serah Wangsa Maju pada Shafei dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/ngo-wakil-penduduk-mahu-najib-serah.html

Subscribe to receive free email updates: