Judul : Pulang mengundi: Apa pendirian anda, Muhyiddin soal Khaled
link : Pulang mengundi: Apa pendirian anda, Muhyiddin soal Khaled
Pulang mengundi: Apa pendirian anda, Muhyiddin soal Khaled
Pengerusi PH Johor berkata pemimpin kerajaan sepatutnya menggalakkan rakyat pulang dan menjalankan tanggungjawab mengundi.
PAGOH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pengerusi Barisan Nasional negeri, Datuk Mohamed Khaled Nordin menyatakan pendirian selepas pemimpin gabungannya berkata rakyat tidak perlu pulang mengundi jika sukar pulang.
Muhyiddin merujuk kepada laporan mengatakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat yang bekerja di Singapura tidak perlu pulang mengundi jika cuti tidak diluluskan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed pula dilaporkan mengkritik tawaran syarikat penerbangan Cathay Pacific mengetepikan caj tempatan semula dan penyusunan semula destinasi jika rancangan perjalanan warga Malaysia berbetulan dengan tarikh mengundi.
Jazlan kemudian menafikan dia cuba mengelakkan rakyat di luar negara pulang mengundi.
“Saya nak tanya Khaled adalah beliau setuju mereka balik atau tidak?
“Jika tidak setuju rugilah BN Johor selepas lancar manifesto. Mana tahu mereka sokong BN,” katanya pada sidang media di Pagoh.
Menyifatkan kata-kata pemimpin BN sebagai “luar biasa”, Muhyiddin berkata komen mereka kelihatan seperti tidak menggalakkan rakyat pulang mengundi.
“Kata mereka, jika sangat sukar, tidak perlu pulang mengundi. Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya keluar daripada pemimpin kerajaan yang harus tahu pengundi sepatutnya digalakkan menggunakan hak mengundi.
“Siapa yang mereka undi itu bergantung kepada mereka,” katanya.
Beliau tertanya sama ada BN bimbang akan peluang mereka jika rakyat pulang mengundi.
“Ini kerana mereka rasa lebih rendah jumlah pengundi yang keluar mengundi, lebih cerah peluang mereka untuk menang.”
Demikianlah Artikel Pulang mengundi: Apa pendirian anda, Muhyiddin soal Khaled
Sekianlah artikel Pulang mengundi: Apa pendirian anda, Muhyiddin soal Khaled kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pulang mengundi: Apa pendirian anda, Muhyiddin soal Khaled dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pulang-mengundi-apa-pendirian-anda.html