- Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul , kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul :
link :

Baca juga


Oleh Ainor Rahim
Post Pic


KUALA LUMPUR: Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang tahu maksud tersirat disebalik permohonan maaf penggunaan istilah ‘keling’ kepada masyarakat India, kata PAS.

Naib Presidennya Dr Idris Ahmad berkata, manusia cuma boleh menilai daripada luaran mengenai keikhlasan kemaafan tersebut.

Beliau berkata demikian mengulas berkenaan permohonan maaf terbuka mantan perdana menteri selama 22 tahun itu yang menyinggung sensitiviti masyarakat India, baru-baru ini.

“Kalau dia (Tun Mahathir) minta maaf tidak apalah. Kita hukum dari segi luar. Dalam Islam nahkum bizzawahir (hukum yang zahir). Hukum luar, dalam hati itu terpulang pada dia. Matlamat tersirat terpulang pada dia,” katanya kepada Antarapos.

Baru-baru ini, pemimpin veteran itu menzahirkan permohonan maaf kepada masyarakat India kerana menggunakan perkataan ‘keling’, ketika mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam kritikannya terhadap SPR, Dr Mahathir berkata: "Saya nak guna perkataan keling. Orang keling kata, 'podah'.”

Beliau melontarkan perkataan itu pada satu majlis kutipan dana di Muar, Johor pada 7 April.

Kenyataan itu juga dikritik hebat peguam Datuk Ambiga Sreenevasan apabila menegur pengerusi PH itu dan mahu beliau berhenti menggunakan perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India.

Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) itu berkata beliau tidak berniat menyinggung perasaan masyarakat India.

Permohonan maaf itu dibuat negarawan itu bagaimanapun dilihat pemerhati politik sebagai bertujuan meraih sokongan pengundi kaum itu menjelang PRU14 ini.

Dr Mahathir sebelum ini baru sahaja cuba menambat hati masyarakat India di negara ini apabila mengakui kesal atas sikapnya yang telah banyak mengabaikan kaum tersebut selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Justeru katanya, bagi 'menebus' kembali kesilapan yang dilakukannya dahulu, beliau berjanji untuk memberikan perhatian yang lebih kepada kaum India dan kaum minjoriti yang lain jika PH berjaya menakluk Putrajaya pada PRU14.




Demikianlah Artikel

Sekianlah artikel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/oleh-rahim-kuala-lumpur-hanya-tun-dr.html

Subscribe to receive free email updates: