Judul : Pencakar langit ancam kampung Melayu terakhir di KL
link : Pencakar langit ancam kampung Melayu terakhir di KL
Pencakar langit ancam kampung Melayu terakhir di KL
Di Kampung Baru, hak milik tanah dan ancaman bangunan tinggi masih menjadi isu, tetapi pakar penempatan dari PBB berkata warisan terakhir yang berharga itu harus dipelihara.
KUALA LUMPUR: Ketika terik tropika semakin reda, Anif Safrizal menyalakan bara di gerai sate miliknya. Dia memanggang sate ayam, menghidangnya bersama kuah kacang untuk pelanggan di meja atau yang sedang menunggu di motosikal.
Puluhan gerai tepi jalan dan restoran menjual hidangan istimewa sepeti biryani kambing, pisang goreng atau jus buah-buahan menjadikan Kampung Baru destinasi penggemar makanan, satu-satunya kampung warisan Melayu yang masih bertahan di pusat bandar Kuala Lumpur.
Tetapi kalau rancangan pegawai atasan kerajaan diluluskan, deretan rumah-rumah kecil setingkat dan 2 tingkat ini akan kelihatan seperti jiran baru gerai sate itu: Legasi, bangunan besi dan kaca setinggi 43 tingkat yang sedang dibina.
Pemimpin kota-kota serata Asia Tenggara berhasrat membangunkan semula kawasan-kawasan binaan bertingkat rendah di tengah-tengah bandaraya yang semakin dipenuhi binaan tinggi-tinggi.
Hasrat itu menimbulkan perdebatan tentang apa yang mungkin terkorban dalam proses pembangunan.
Safrizal bimbang gerai angkut-angkutnya tiada masa depan jika kampungnya dipenuhi bangunan tinggi-tinggi.
“Standard di kampung tak terlalu tinggi,” kata penjual sate berusia 28 tahun itu.
“Saya bimbang kerana ini kampung saya. Saya budak kampung, bukan budak bandar.”
‘Anda harus membangun’
Kampung Baru diwujudkan oleh pihak berkuasa penjajahan British pada 1900 sebagai tempat pertanian bagi etnik Melayu.
Hari ini kampung itu menawarkan suasana yang lebih perlahan di tengah-tengah ibu negara yang sibuk. Pejalan kaki dan penunggang basikal lebih banyak di sini berbanding kereta di lorong-lorongnya yang sempit, diteduhi pepohon pisang.
Lebih satu abad berlalu, kawasan sekeliling Kampung Baru membangun pesat. Menara Berkembar Petronas, mercu berkembar tertinggi di dunia, menjadi tarikan utama di pusat bandar Kuala Lumpur yang dipenuhi kompleks bangunan pejabat, hotel dan pusat beli-belah lebih kurang 1km dari situ.
Dipisahkan oleh sebatang sungai dan lebuh raya, ramai penduduk menghargai suasana santai di Kampung Baru, dengan warisan budayanya dan akses ke daerah perniagaan yang hanya 1 stesen dari situ jika menggunakan kereta api.
Kerajaan bagaimanapun mempunyai wawasan berbeza.
“Jika anda mahu hidup di tengah-tengah pusat bandar…anda harus membangun,” kata Datuk Affendi Zahari, yang mengetuai Perbadanan Pembangunan Kampung Baru.
“Itu saja cara untuk hidup di bandar sekarang. Ia perlu dibangunkan dengan bangunan tinggi.”
Kerajaan menubuhkan syarikat itu pada 2012 untuk menggalakkan pembangunan hartanah di kawasan itu: 220 ekar tanah yang masih dizonkan sebagai ‘penempatan pertanian Melayu’, di mana tanah hanya boleh dimiliki orang Melayu dan 80 ekar lagi di sekelilingnya yang mempunyai peraturan pembangunan yang lebih longgar.
Terdapat 3 kali ganda tanah yang boleh dibangunkan di sini berbanding pusat bandar, kata Zahari, yang menganggarkan nilai pembangunan Kampung Baru sekitar RM60 bilion.
Pada 2010, kejiranan ini menjadi kampung halaman bagi 18,000 penduduk, menurut rancangan induk Kampung Baru. Ia menjangkakan jumlah itu meningkat 5 kali ganda kepada 77,000 menjelang 2035, dan menunjukkan bagaimana itu akan berlaku: Dengan bangunan setinggi 50 tingkat.
“Walaupun kita mahu memelihara budaya untuk anak cucu kita, kita juga mahu rakyat hidup dalam persekitaran lebih moden,” kata Zahari.
Rancangan induk itu juga akan menyaksikan 11 rumah dipelihara kerana nilai warisannya.
Warisan Islam
Di pejabat 2 tingkat dengan pemandangan bangunan pencakar langit di belakangnya, ketua masyarakat, Shamsuri Suradi menunjukkan kepada Yayasan Thomson Reuters koleksi catatan bertulis yang berhabuk.
Dokumen-dokumen yang sudah berbulu di hujungnya, menyimpan maklumat lebih seabad berkenaan kelahiran, kematian dan transaksi tanah. Dokumen ini mungkin benteng terbaik terhadap ancaman bangunan-bangunan tinggi yang mahu menenggelamkan Kampung Baru.
“Orang British ajar kami dengan baik,” kata Shamsuri, setiausaha Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement, satu badan undang-undang yang mentadbir hal ehwal dalaman di Kampung Baru.
Di Malaysia, orang Islam membahagikan hartanah mereka mengikut hukum faraid. Selepas beberapa generasi sebuah rumah boleh menjadi hak beberapa pemilik.
Sistem itu mewujudkan dokumen hak milik tanah yang kompleks, memerlukan persetujuan semua adik-beradik dan sepupu sebelum jualan boleh dilaksanakan.
Ini merumitkan keadaan. Penduduk Kampung Baru kini generasi ke-3 atau ke-4 sejak peneroka asal, yang mana kebanyakan mereka dibawa ke sini untuk menanam padi sepanjang Sungai Klang.
“Sangat susah untuk membangunkannya,” kata Zahari.
“Tiada apa boleh dilakukan ke atas tanah itu melainkan setiap benefisiari ditemui.”
Keadaan itu bagaimanapun bukan masalah bagi Mohammed Akhirrudin, penjual makanan berusia 35 tahun yang tinggal bersama-sama isteri dan anak perempuannya di rumah campuran kayu dan konkrit di mana dia dilahirkan.
Anak bongsu daripada 14 adik beradik itu memiliki rumah warisan datuk mereka itu secara bersama.
“Ambillah semua duit di dunia ini dan berikan kepada saya, ia masih tidak cukup,” katanya kepada Yayasan Thomson Reuters, sambil seorang jiran berkain pelikat menyapu halaman.
“Ini negara saya, ini warisan saya, ini kampung saya.”
Zahari bagaimanapun percaya ramai pemilik mahu berpindah dari kejiranan itu dan menjualnya, dan perlukan bantuan menyelesaikan isu hak milik hartanah itu. Tugas itu memerlukan penggabungan lot untuk menjadikan tanah itu cukup besar dan menarik minat pemaju hartanah.
Perbadanan pembangunan itu sering mengadakan klinik di mana pemilik hartanah boleh menyelesaikan isu hak milik tanah, dengan 17 kes diuruskan setakat ini, kata seorang jurucakap wanita.
“Bidang tanah terlalu kecil untuk mereka membina sebarang pembangunan bermakna,” kata Zahari.
“Kami mahu membantu Kampung Baru dan sesetengah orang ini mahu membuka aset mereka.”
Shamsuri setuju sesetengah memang mahu menjual tanah mereka. Beliau menguda 85 pemilik daripada 280 lot di Kampung Baru sudah berpindah dan mereka mungkin mahu menjualnya.
“Hartanah mereka di sini tetapi masa depan mereka di tempat lain.”
Dan ketua masyarakat itu berkata, beliau tidak menentang pembangunan padat, beliau hanya mahukan jalan tengah: “Bangunan tinggi boleh, tetapi bukan sehingga 50 tingkat.”
Risiko bangunan pencakar langit, katanya, akan melemahkan nilai kemasyarakatan.
“Kami ada semangat bersatu hati, satu ikatan,” katanya.
“Jika tinggal di rumah pangsa, memang boleh ucap selamat tinggal kepada semangat itu.”
Tidak dapat dielak
Kebanyakan penduduk Kampung Baru pesimistik. Beberapa pemilik perniagaan kecil-kecilan memberitahu Yayasan Thomson Reuters mereka tidak mahukan rancangan pembangunan semula kerana bimbang kedai dan restoran mereka dipindahkan.
Bruno Dercon adalah pakar Asia Tenggara di UN-Habitat, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi penempatan manusia.
Katanya, projek pembangunan kampung di rantau ini berlaku dalam banyak bentuk, daripada pengusiran di Jakarta, Indonesia sehinggalah penggiatan semula di Surabaya.
Pemeliharaan adalah yang terbaik buat Kampung Baru, katanya.
“Adakah anda bercadang untuk memusnahkan semua rumah medieval di bandar-bandar Eropah?” katanya.
“Jika anda mempunyai hanya satu lagi kampung di bandar, tidak perlu berfikir banyak, peliharalah ia seperti Masjid Negara dan taman botani.”
“Kawasan ini sangat berharga, ia harus kekal seperti sedia ada,” katanya.
Demikianlah Artikel Pencakar langit ancam kampung Melayu terakhir di KL
Sekianlah artikel Pencakar langit ancam kampung Melayu terakhir di KL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pencakar langit ancam kampung Melayu terakhir di KL dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pencakar-langit-ancam-kampung-melayu.html