Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14

Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14 - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14
link : Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14

Baca juga


Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14

MALAYSIAKINI

   
PRU14 | Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada 2018 tidak layak mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei ini, kata Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

"Daftar pemilih yang akan digunakan untuk PRU14 adalah sehingga suku keempat tahun 2017.

"Daftar pemilih tersebut mengandungi 14,940,624 orang pemilih berdaftar, " kata Pengarah SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang media di ibu pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Jurucakap SPR selepas itu mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa ini bererti individu yang mendaftar sebagai pengundi tahun ini tidak akan layak mengundi pada PRU ke-14.

"Ini kerana (daftar pemilih untuk) suku pertama 2018 belum digazetkan.

"Proses pameran dan bantahan juga belum dijalankan," kata jurucakap SPR itu.

Daftar pemilih boleh mula diperolehi pada 16 April 2018.

Pengundi juga boleh menyemak status pengundian mereka di laman web SPR melalui aplikasi telefon MySPR Semak, menghubungi talian 03-88927018, atau melalui khidmat pesanan ringkas 15888, bermula 16 April ini.

Terdahulu, Hashim mengumumkan dalam sidang media itu bahawa hari pengundian akan diadakan pada Rabu, 9 Mei.

Pencalonan akan diadakan pada 28 April dengan tempoh berkempen kekal 11 hari.



Demikianlah Artikel Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14

Sekianlah artikel Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengundi daftar 2018 tak layak undi PRU14 dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pengundi-daftar-2018-tak-layak-undi.html

Subscribe to receive free email updates: