Judul : Dr Mahathir mohon maaf guna istilah 'keling'
link : Dr Mahathir mohon maaf guna istilah 'keling'
Dr Mahathir mohon maaf guna istilah 'keling'
Oleh Athirah Hanapiah
PETALING JAYA: Setelah didesak pelbagai pihak Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya memohon maaf kepada kaum India kerana menggelar mereka 'keling', baru-baru ini.
Bercakap di sidang media Dr Mahathir berkata beliau tidak berniat menghina mana-mana individu apabila menggunakan istilah berkenaan yang dianggap sebagai label yang menghina masyarakat India.
"Saya ingin meminta maaf kepada masyarakat India sebab menggunakan istilah 'keling'.
"Saya tidak bermaksud untuk menghina sesiapa tetapi ketika saya budak-budak dahulu saya menggunakan perkataan itu tapi sekarang ia dianggap sebagai menghina, jadi saya minta maaf jika sudah menimbulkan masalah kepada mereka," katanya kepada pemberita.
Terdahulu pada Sabtu Dr Mahathir didakwa menggunakan perkataan 'keling' ketika mengulas PH perlu mendapatkan kebenaran SPR menggunakan satu logo yang sama bagi PRU kali ini.
Dalam kritikannya terhadap SPR, Dr Mahathir berkata: "Saya nak guna perkataan keling. Orang keling kata, 'podah'."
Susulan itu, ia dikritik hebat Bendahari MIC S Vell Paari yang menyifatkan mantan perdana menteri itu sebagai bersifat perkauman, namun pemimpin itu masih menganggap ia sebagai istilah biasa yang digunakan di Kedah.
Bukan sahaja Vell Paari, Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan turut menggesa Dr Mahathir agar berhenti menggunakan istilah tersebut.
Dr Mahathir sebelum ini baru sahaja cuba menambat hati masyarakat India di negara ini apabila mengakui kesal atas sikapnya yang telah banyak mengabaikan kaum tersebut selama 22 tahun menjadi perdana menteri.
Justeru katanya, bagi 'menebus' kembali kesilapan yang dilakukannya dahulu, beliau berjanji untuk memberikan perhatian yang lebih kepada kaum India dan kaum minoriti yang lain jika PH berjaya menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Demikianlah Artikel Dr Mahathir mohon maaf guna istilah 'keling'
Sekianlah artikel Dr Mahathir mohon maaf guna istilah 'keling' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir mohon maaf guna istilah 'keling' dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/dr-mahathir-mohon-maaf-guna-istilah.html