Judul : PRU-14: Selangor negeri paling ramai pengundi
link : PRU-14: Selangor negeri paling ramai pengundi
PRU-14: Selangor negeri paling ramai pengundi
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Selangor merekodkan jumlah pemilih berdaftar paling tinggi iaitu 2,415,074 orang yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei depan.
Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diwartakan hari ini, sebanyak 2,388,614 pengundi di Selangor merupakan pemilih biasa, pengundi awal tentera, polis dan pasangan (25,462) dan pengundi tidak hadir luar negara (998).
Negeri kedua yang mempunyai jumlah pemilih berdaftar paling tinggi ialah Johor dengan 1,817,999 orang, diikuti Perak (1,510,864), Sarawak (1,220,960) dan Kedah (1,146,492).
Negeri dengan jumlah pengundi paling rendah ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 27,306, manakala Wilayah Persekutuan Labuan (28,356) dan Perlis (150,221).
Daftar pemilih suku keempat 2017 yang menyenaraikan 14,940,624 pengundi akan digunakan pada PRU14 melibatkan 7,557,187 pengundi wanita (50.58 peratus) dan 7,383,437 pengundi lelaki (49.42 peratus).
Demikianlah Artikel PRU-14: Selangor negeri paling ramai pengundi
Sekianlah artikel PRU-14: Selangor negeri paling ramai pengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU-14: Selangor negeri paling ramai pengundi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pru-14-selangor-negeri-paling-ramai.html