Judul : Pengundi Kg Baru tak selesa dengan kehadiran warga asing
link : Pengundi Kg Baru tak selesa dengan kehadiran warga asing
Pengundi Kg Baru tak selesa dengan kehadiran warga asing
Penduduk berkata warga Indonesia dan Thailand mengambil alih perniagaan pasar minggu warga tempatan.
KUALA LUMPUR: Dalam usaha Pakatan Harapan (PH) merampas kerusi Parlimen Titiwangsa dari Barisan Nasional, kemungkinan terbaik pakatan itu gunakan adalah perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk Kampung Baru yang boleh dijadikan modal untuk menolak pemerintah sekarang.
Orang Melayu menyumbang sejumlah besar pengundi di kawasan itu dan sesetengahnya memberitahu FMT, mereka tertekan dengan kehadiran terlalu ramai warga asing di kawasan itu.
Seorang pengundi yang mahu dikenali sebagai Wagimin, 68, berkata beliau tinggal di Kampung Baru lebih 40 tahun dan melihat lanskapnya berubah dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
“Jika anda melihat pasar minggu di Kampung Baru, ia kini dikawal warga Indonesia,” katanya.
“Bilangan mereka telah meningkat.”
Beliau berkata restoran yang pernah menjual makanan tradisi tempatan telah diambil alih oleh warga Indonesia dan Thailand. “Dan ini sepatutnya menjadi kawasan simpanan Melayu.”
Pelan untuk membangunkan kawasan sekitar 121.8 hektar yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit, dikecewakan dengan tuntutan hak milik tanah yang bertindih dan masalah berdekad lamanya ini boleh menangguhkan harapan mencapai Kampung Baru yang moden.
Ditanya parti mana yang akan disokong pada pilihan raya 9 Mei ini dalam pertandingan 3 penjuru antara Umno, PPBM dan PAS, Wagimin berkata beliau akan mengundi mana-mana pihak boleh membuktikan mereka memegang janji-janjinya pada masa lalu.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani dari Umno adalah penyandang kerusi Titiwangsa. Beliau memenangi kurang 51% undi dalam pertandingan pada 2013 terhadap calon PAS, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.
Seorang lagi pengundi, Zulkifli Johar Arifin, 64, berkata sukar untuk menjelaskan parti mana yang akan memenangi Titiwangsa pada 9 Mei ini kerana “orang di sini mempunyai pandangan yang berbeza”.
Dia berkongsi perasaan yang sama dengan Wagimin mengenai warga asing di kawasan itu, dengan mengatakan mereka membuat penduduk tempatan merasa kehidupan mereka terancam.
Beliau juga mengadu tentang pengambilalihan restoran oleh warga Indonesia dan Thailand, yang mendakwa isu itu menjadi kebimbangan utama pengundi di kawasan itu.
Manakala Shafie, 27, mengakui Kampung Baru mendapat manfaat daripada pembangunan infrastruktur, tetapi berkata beliau juga tidak berpuas hati apabila terlalu ramai warga asing menjalankan perniagaan di sana dan merampas kehidupan penduduk tempatan.
Tetapi Rosmawati, 60, yang juga sebahagian warga Indonesia, berkata sesiapa yang sanggup bekerja keras boleh mencari nafkah di Kampung Baru.
Demikianlah Artikel Pengundi Kg Baru tak selesa dengan kehadiran warga asing
Sekianlah artikel Pengundi Kg Baru tak selesa dengan kehadiran warga asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengundi Kg Baru tak selesa dengan kehadiran warga asing dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pengundi-kg-baru-tak-selesa-dengan.html