Shahrizat beri syarat jadi calon BN

Shahrizat beri syarat jadi calon BN - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahrizat beri syarat jadi calon BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahrizat beri syarat jadi calon BN
link : Shahrizat beri syarat jadi calon BN

Baca juga


Shahrizat beri syarat jadi calon BN

 
Ketua Umno Wanita itu berkata beliau tidak mengejar menjadi calon, tetapi boleh mempertimbangkannya.


Shahrizat Jalil berkata beliau tidak mengejar pencalonan pada PRU ini.


KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau akan hanya mempertimbangkan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya dipilih sendiri oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

“Bagi saya tugas utama dan tanggungjawab saya adalah untuk memastikan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) itu mantap kerana ini yang menjadi tuntutan utama saya. Tidak menjadi calon bukan keutamaan saya walaupun kita sentiasa ada perbincangan dengan perdana menteri,” kata ketua Wanita Umno itu dipetik Bernama.

“Saya sendiri tidak menawarkan diri kerana apa yang mustahak pada saya ialah apabila saya dapat ‘deliver’ jentera yang kukuh dan efektif yang membawa kemenangan besar kepada BN, itulah hadiah teristimewa bagi saya,” katanya.

Shahrizat disebut-sebut sebagai calon BN di Bandar Tun Razak.

Sebelum ini, Ketua Umno Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar memberitahu FMT, BN mempunyai peluang lebih cerah di situ pada pilihan raya umum kali ini.

Shahrizat bagaimanapun menafikan spekulasi beliau akan bertanding di situ.

“Jawapan saya ialah tidak, walaupun Bandar Tun Razak merupakan kerusi yang boleh dimenangi BN dengan mengalahkan PKR,” katanya pada April 16.

Shahrizat, yang juga ketua Wanita Umno Kepong, kalah di bekas kubu kuatnya di Lembah Pantai pada 2008 di tangan Nurul Izzah Anwar dari PKR.

FMT baru-baru ini turut memetik sumber Majlis Tertinggi Umno yang berkata ada keraguan berhubung kemungkinan Shahrizat bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana perkaitan beliau dengan isu National Feedlot Corporation (NFC).

“Ada yang bimbang tentang isu NFC yang boleh digunakan pihak pembangkang untuk menyerang beliau.

“Tetapi, namanya telah dibersihkan. Kita harapkan yang terbaik kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membersihkan namanya daripada penglibatan dalam kontrak dan pinjaman NFC berjumlah RM250 juta itu,” katanya.

Suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail merupakan pengerusi NFC, sementara anak beliau pengarahnya.

Pembangkang mendakwa firma dana awam itu menggunakan pinjaman mudah kerajaan untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan penternakan lembu, termasuk membeli unit kondominium mewah di Bangsar dan Singapura serta tanah di Putrajaya.



Demikianlah Artikel Shahrizat beri syarat jadi calon BN

Sekianlah artikel Shahrizat beri syarat jadi calon BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahrizat beri syarat jadi calon BN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/shahrizat-beri-syarat-jadi-calon-bn.html

Subscribe to receive free email updates: