Seng Giaw tetap pertahan kenyataan tentang Najib, 1MDB

Seng Giaw tetap pertahan kenyataan tentang Najib, 1MDB - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seng Giaw tetap pertahan kenyataan tentang Najib, 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seng Giaw tetap pertahan kenyataan tentang Najib, 1MDB
link : Seng Giaw tetap pertahan kenyataan tentang Najib, 1MDB

Baca juga


Seng Giaw tetap pertahan kenyataan tentang Najib, 1MDB

 
Beliau bagaimanapun mengatakan dakwaan perdana menteri bahawa penggugurannya daripada DAP kerana pendiriannya hanyalah spekulasi. 


Ahli Parlimen Kepong selama 8 penggal, Tan Seng Giaw hanya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara.


PETALING JAYA: Veteran DAP Dr Tan Seng Giaw yang baru-baru ini digugurkan sebagai calon mempertahankan kenyataan bahawa perdana menteri tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam urusan 1MDB.

Beliau memberitahu FMT dia hanya merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2016.

“Laporan audit tidak dikeluarkan kepada orang awam. Ramai orang tidak tahu kandungannya, jadi untuk mereka memberi komen adalah tidak berasas,” katanya. “Saya telah membacanya berkali-kali.”

Katanya, beliau tidak boleh menghuraikan laporan itu dengan lebih lanjut kerana dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi.

Bekas naib pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata, Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam urusan 1MDB kerana beliau hanya pengerusi lembaga penasihatnya.

Beliau juga berkata perkara betul yang perlu dilakukan ialah bertidak terhadap “orang-orang yang kita perlu siasat” iaitu “lembaga pengarah dan pengurusan, dan mereka yang mengendalikan syarikat”.

Semalam, Najib berkata ahli veteran DAP itu digugurkan kerana bercakap benar mengenai 1MDB.

Tan digugurkan sebagai calon Kepong, kerusi yang disandang selama 8 penggal.

“Dia cakap benar dan kena buang (digugurkan sebagai calon). PAC dalam isu 1MDB, dia kata perdana menteri tidak buat apa-apa salah. Dia cakap benar dan dia tidak dicalonkan,” kata Najib.

Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan Najib bahawa beliau digugurkan kerana pendiriannya dalam isu 1MDB, Tan enggan mengulas dan berkata semuanya spekulasi.

Tan dikhabarkan berbeza pendapat dengan kepimpinan parti kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang berhubung pengurusan isu alam sekitar.

Kerusinya di Kepong diberi kepada penyandang Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.



Demikianlah Artikel Seng Giaw tetap pertahan kenyataan tentang Najib, 1MDB

Sekianlah artikel Seng Giaw tetap pertahan kenyataan tentang Najib, 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seng Giaw tetap pertahan kenyataan tentang Najib, 1MDB dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/seng-giaw-tetap-pertahan-kenyataan.html

Subscribe to receive free email updates: