Judul : Polis lumpuhkan kumpulan kongsi gelap geng ‘08’ dan geng ‘18’
link : Polis lumpuhkan kumpulan kongsi gelap geng ‘08’ dan geng ‘18’
Polis lumpuhkan kumpulan kongsi gelap geng ‘08’ dan geng ‘18’
THE MALAYSIAN TIMES
SHAH ALAM: Polis berjaya melumpuhkan kumpulan kongsi gelap geng ‘08’ dan geng ‘18’ dengan tertangkapnya 63 anggota kumpulan itu dalam operasi bersepadu di seluruh negara, sejak 29 Mac lepas sehingga hari ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata turut ditahan dalam operasi tersebut ialah dua ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’ serta seorang pegawai dan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Dalam operasi itu kita berjaya menahan beberapa “key leaders” selain seorang pegawai polis berpangkat ASP dan dua lagi anggota, masing-masing berpangkat Sarjan Mejar dan Konstabel yang kita percaya menjadi anggota kumpulan jenayah terancang itu.
“Kesemua suspek lelaki yang ditahan terdiri daripada 36 anggota geng ‘08’ dan 27 anggota geng ‘18’, berusia 23 hingga 60 tahun,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata selain Selangor, anggota kumpulan itu turut diberkas di beberapa lokasi lain termasuk di Pahang, Perak, Kelantan dan Johor.
Mazlan berkata, dalam operasi itu pihaknya turut merampas dan menyita pelbagai barangan milik suspek termasuk pelbagai jenis kenderaan, barang kemas, wang tunai dan hartanah bernilai lebih RM3.1 juta.
Kesemua suspek kini direman selama 28 hari di bawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, katanya.
Mazlan berkata pihaknya juga sedang mengumpulkan maklumat bagi mengesan saki baki anggota dua kumpulan itu yang aktif melakukan kegiatan jenayah terancang di negeri ini.
“Kita yakin telah dapat menumpaskan kumpulan ini dengan tertangkapnya anggota geng tersebut, sekaligus dapat menangani kejadian-kejadian jenayah serius yang menggusarkan masyarakat,” katanya.–Bernama
Demikianlah Artikel Polis lumpuhkan kumpulan kongsi gelap geng ‘08’ dan geng ‘18’
Sekianlah artikel Polis lumpuhkan kumpulan kongsi gelap geng ‘08’ dan geng ‘18’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis lumpuhkan kumpulan kongsi gelap geng ‘08’ dan geng ‘18’ dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/polis-lumpuhkan-kumpulan-kongsi-gelap.html