Judul : MB Johor: Kalau orang lain boleh beri pandangan kenapa TMJ tidak boleh?
link : MB Johor: Kalau orang lain boleh beri pandangan kenapa TMJ tidak boleh?
MB Johor: Kalau orang lain boleh beri pandangan kenapa TMJ tidak boleh?
THE MALAYSIAN TIMES
KOTA TINGGI: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru masyarakat terutamanya rakyat Johor untuk bersikap rasional dan menghormati pandangan peribadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sutan Ibrahim berhubung senario politik tempatan pada masa ini.
Mohamed Khaled berkata semua pihak perlu berlaku adil kerana sesiapa sahaja berhak memberikan pandangan termasuk Tunku Ismail, malah ada pandangan baginda disokong oleh fakta.
“Kita perlu berlaku adil, kalau orang lain boleh beri pandangan kenapa TMJ tidak boleh? Semua orang boleh membaca pendapat beliau itu sendiri dan membuat penilaian secara rasional berdasarkan apa yang TMJ keluarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Tunku Ismail yang dimuatnaik dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers, dua hari lepas, selepas majlis pecah tanah projek Pengerang Eco Industrial Park (PeIP) di Pengerang, di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata pertimbangan yang baik juga boleh dilakukan rakyat tanpa perlu mengeluarkan kata-kata kasar hingga hilang adab dan kesopanan.
“Kalau tidak setuju pun, kita perlu hormati pendapatnya (Tunku Ismail), kita tidak perlu bertindak kasar dan menilai balik apa yang telah dinyatakan oleh TMJ,” katanya.
Demikianlah Artikel MB Johor: Kalau orang lain boleh beri pandangan kenapa TMJ tidak boleh?
Sekianlah artikel MB Johor: Kalau orang lain boleh beri pandangan kenapa TMJ tidak boleh? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MB Johor: Kalau orang lain boleh beri pandangan kenapa TMJ tidak boleh? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/mb-johor-kalau-orang-lain-boleh-beri.html