UMNO yang angkat darjat kerjaya politik Shafie – Musa

UMNO yang angkat darjat kerjaya politik Shafie – Musa - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO yang angkat darjat kerjaya politik Shafie – Musa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO yang angkat darjat kerjaya politik Shafie – Musa
link : UMNO yang angkat darjat kerjaya politik Shafie – Musa

Baca juga


UMNO yang angkat darjat kerjaya politik Shafie – Musa

THE MALAYSIAN TIMES
 


SEMPORNA: UMNO ialah parti yang telah mengangkat darjat serta martabat kerjaya politik bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sepanjang beliau berada dalam parti itu, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata ketika itu seluruh bahagian UMNO Sabah sentiasa memberi laluan dan sokongan penuh kepada Mohd Shafie untuk terus berada kukuh dalam antara barisan kepimpinan tertinggi parti sekali gus menjadi calon tunggal dari Sabah memegang jawatan naib presiden.

Malah, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberi kepercayaan kepadanya memegang portfolio timbalan menteri seterusnya menteri kanan di peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, Mohd Shafie, yang kini presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), tidak pernah menghargai mahupun berterima kasih kepada kepimpinan UMNO dan anggota parti itu yang selama ini menyokong beliau, sebaliknya menderhaka kepada pucuk pimpinan dan memburuk-burukkan parti.

Musa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna yang dirasmikan perdana menteri di sini, hari ini. Turut hadir Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban yang juga Ketua Penerangan UMNO Semporna; Pemangku Ketua Bahagian UMNO Semporna Datuk Nasir Tun Sakaran; menteri-menteri Kabinet negeri dan pemimpin masyarakat Semporna hari ini.

Pada majlis yang berlangsung di Dataran Regatta Lepa, dekat sini, itu Najib turut mengisytiharkan Pulau Bum-Bum sebagai daerah kecil dan menyerahkan geran tanah anak negeri kepada 1,000 penerima.

Mengulas lanjut, Musa berkata ketika Mohd Shafie menyandang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, beliau tidak pernah berjumpa dengannya untuk membincangkan perkara berhubung aspek pembangunan yang diperlukan di Sabah.

“Kita sama-sama orang Sabah. Apa salahnya datang (berjumpa) dan (berbincang) bangunkan Sabah.
Ini saya harap tetapi tiada. Pintu saya sentiasa terbuka, apatah lagi (ketika itu Mohd Shafie) naib presiden UMNO dan menteri pusat. Jawatan tidak penting, yang penting adalah kita mempunyai hubungan baik dan boleh berunding,” katanya.

Musa juga berkata bekas Ketua Bahagian UMNO Semporna itu tidak dipecat atau dibuang daripada parti sebaliknya hanya dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan disiplin dilakukannya terhadap parti.

“Tetapi dia (Mohd Shafie yang) keluar dari UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah turut mengingatkan seluruh anggota parti bahawa kesetiaan dan keikhlasan adalah penting demi kelangsungan perjuangan parti.

Beliau juga percaya rakyat Semporna akan tetap bersama UMNO dan BN, sekali gus memberi sokongan penuh kepada parti itu pada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat Semporna sememangnya dikenali sebagai rakyat yang pandai menilai dan mengenang budi.– Bernama



Demikianlah Artikel UMNO yang angkat darjat kerjaya politik Shafie – Musa

Sekianlah artikel UMNO yang angkat darjat kerjaya politik Shafie – Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO yang angkat darjat kerjaya politik Shafie – Musa dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/umno-yang-angkat-darjat-kerjaya-politik.html

Subscribe to receive free email updates: