Judul : Semakan semula kehakiman: PPBM hanya buang masa
link : Semakan semula kehakiman: PPBM hanya buang masa
Semakan semula kehakiman: PPBM hanya buang masa
Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
SHAH ALAM: PPBM hanya membuang masa apabila sekali lagi memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) membubarkan sementara parti itu.
Lebih daripada itu kata Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, PPBM hanya mahu meraih publisiti seolah-olah partinya ditekan dengan tidak dibenarkan menggunakan logo bendera sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PPBM juga mahu menunjukkan kononnya parti setahun jagung itu 'digeruni' Umno BN, seloroh Ismail.
"Bagi saya tindakan ini memang membuang masa. Patutnya, PPBM perlu tumpu dalam menarik sokongan daripada rakyat yang menyokong mereka.
"Tapi memang jelas ini satu publisiti untuk menunjukkan pengundi bahawa PPBM ditekan dan dianiaya," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Tiga hari lepas (11 April 2018) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan PPBM untuk mencabar tindakan Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim membubar sementara parti itu.
Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said membenarkan bantahan awal peguam yang mewakili RoS bahawa permohonan kebenaran yang difailkan PPBM bersifat 'akademik' apabila dikemukakan di bawah Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966 - ia tidak menjadi isu menerusi seksyen ini.
Justeru Kamaludin berkata PPBM seharusnya memfailkan semakan itu di bawah Seksyen 14(5) akta yang sama.
Peguam yang mewakili PPBM kemudiannya memberitahu pihaknya akan mengemukakan permohonan baru - di bawah seksyen yang betul - untuk mencabar keputusan Suriyati.
Suriyati pada 5 April mengarahkan agar PPBM dibubar sementara selepas gagal menepati peruntukan Akta Pertubuhan walaupun diberi cukup ruang dan masa.
RoS sebelum itu menuntut PPBM menyerahkan beberapa dokumen bagi menyiasat aduan lebih 400 ahli akar umbi - bahawa mesyuarat agung tahunan (AGM) tahun lalu tidak sah.
PPBM bagaimanapun gagal menyerahkan minit mesyuarat peringkat Cawangan dan Bahagian seluruh negara.
Mengulas lanjut, Ismail berkata PPBM sudahpun bersetuju untuk menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), justeru tindakan memfailkan semula semakan kehakiman itu hanyalah bertujuan meraih simpati dan populariti semata.
"Dalam tempoh yang sangat singkat ini, saya rasa PPBM cuba nak menjadikan satu publisiti untuk menarik pengundi.
"(Menampakkan) seolah-olah PPBM ditekan. Tetapi pada dasarnya ketiga-tiga parti (PKR, DAP dan Amanah) bakal menggunakan lambang PKR ada PRU14," katanya.
Disebabkan masalah dalaman PPBM, Pakatan Harapan (PH) gagal didaftarkan di bawah satu logo sekali gus menafikan hak untuk empat parti komponennya bertanding menggunakan satu bendera pada PRU14.
Empat parti itu kemudiannya bersetuju untuk menggunakan logo PKR pada hari membuang undi, 9 Mei ini.
Demikianlah Artikel Semakan semula kehakiman: PPBM hanya buang masa
Sekianlah artikel Semakan semula kehakiman: PPBM hanya buang masa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Semakan semula kehakiman: PPBM hanya buang masa dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/semakan-semula-kehakiman-ppbm-hanya.html