Masalah sampah, denggi, air di Selangor akan selesai jik BN tadbir - PM

Masalah sampah, denggi, air di Selangor akan selesai jik BN tadbir - PM - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masalah sampah, denggi, air di Selangor akan selesai jik BN tadbir - PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masalah sampah, denggi, air di Selangor akan selesai jik BN tadbir - PM
link : Masalah sampah, denggi, air di Selangor akan selesai jik BN tadbir - PM

Baca juga


Masalah sampah, denggi, air di Selangor akan selesai jik BN tadbir - PM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KAJANG: Jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir semula Selangor, masalah sampah dan denggi yang teruk di negeri itu akan diselesaikan sepenuhnya.
 
Bukan itu sahaja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji BN akan selesaikan isu bekalan air yang kerap terputus di Selangor - yang begitu membebankan rakyat negeri itu.
 
"Sekarang masalah air di Selangor, kita letak paling tinggi sekali untuk diselesaikan, tetapi ini pula masalah sampah dan denggi. Kita tidak mahu Selangor menjadi darul sampah atau darul denggi.
 
"Saya beri jaminan jika BN diberi mandat semula untuk mentadbir (Selangor), semua masalah ini akan kita selesaikan, masalah air juga akan selesai," katanya berucap selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Hospital Kajang (Kompleks Wanita dan Kanak-kanak) di sini, hari ini.
 
Mengulas lanjut, Najib berkata, projek naik taraf Hospital Kajang adalah langkah Kajang sebenar berbanding langkah sama dilakukan pembangkang pada tahun 2014 yang disifatkan gagal.
 
"Ada dua langkah Kajang yang berbeza, pertama yang dilakukan pembangkang pada 2014 tetapi tidak sampai matlamatnya berbanding BN dengan projek Transit Aliran Massa (MRT) dan kali ini projek naik taraf Hospital Kajang.
 
"Inilah langkah Kajang sebenar yang kita buat, memberi manfaat kepada rakyat, malah naik taraf Hospital Kajang menjadi kenyataan," katanya.
 
Mengenai projek naik taraf Hospital Kajang, Perdana Menteri berkata, projek bernilai RM304.5 juta itu membabitkan pembinaan Kompleks Wanita dan Kanak-kanak yang dijangka siap pada tahun 2021.
 
"Pada 8 September 2015, saya melakukan lawatan mengejut ke Hospital Kajang tanpa memberitahu menteri berkaitan untuk melihat sendiri keadaan sebenar.
 
"Tiba-tiba saya tercegat di depan (hospital) dan dapat melihat keadaan sebenarnya yang dihadapi rakyat. Memang benar Hospital Kajang terlalu sesak dengan pesakit dan keadaan bangunan terlalu uzur, maklumlah ia dibina sejak tahun 1889.
 
"Dalam ucapan Bajet 2016, saya mengumumkan Hospital Kajang akan dinaik taraf dengan peruntukan lebih RM300 juta.
 
"Tetapi Noh bisik kepada saya, apa guna ada hospital moden tetapi air terputus," katanya.
 
Kompleks Wanita dan Kanak-kanak Hospital Kajang bakal menempatkan 272 katil, selain 14 bilik bersalin, enam bilik bedah dan kemudahan klinik pakar serta pusat harian.
 
 


Demikianlah Artikel Masalah sampah, denggi, air di Selangor akan selesai jik BN tadbir - PM

Sekianlah artikel Masalah sampah, denggi, air di Selangor akan selesai jik BN tadbir - PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masalah sampah, denggi, air di Selangor akan selesai jik BN tadbir - PM dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/masalah-sampah-denggi-air-di-selangor.html

Subscribe to receive free email updates: