Tiada fakta, KPN enggan komen kes Prebet Adam

Tiada fakta, KPN enggan komen kes Prebet Adam - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada fakta, KPN enggan komen kes Prebet Adam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada fakta, KPN enggan komen kes Prebet Adam
link : Tiada fakta, KPN enggan komen kes Prebet Adam

Baca juga


Tiada fakta, KPN enggan komen kes Prebet Adam

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SERI ISKANDAR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ketika ini bukan masa sesuai untuk beliau mengulas isu berkaitan Prebet Adam Jaafar yang kembali viral di media sosial.
 
Beliau berkata, perkara itu perlu diulas mengikut fakta kerana ia sudah lama berlaku.
 
"Saya tak ada fakta untuk (ulas) kisah Adam. Saya tak dapat maklumat dan jika mahu bercakap (mengenainya) kita perlukan alasan kukuh. Ia sudah selesai dan menimbulkan banyak spekulasi dan saya fikir masanya tidak begitu sesuai untuk keluarkan perkara sebegini.
 
"Saya juga perlu bercakap berdasarkan fakta," katanya selepas menyertai dan melepaskan peserta Fit Masjid Fun Ride di perkarangan Masjid Sultan Yusuf Izzuddin Shah di sini, hari ini.
 
Yang hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar semalam berhubung kenyataan keluarga Adam melalui adiknya, Hawa, 53, yang berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan menahan individu yang berterusan menyampaikan perkara tidak benar mengenai isu terbabit.
 
Kejadian amuk membabitkan Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987, pernah menggemparkan negara dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.
 
Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan.
 
Isu mengenai kejadian Adam mengamuk itu kembali mendapat perhatian ramai pihak selepas Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tengku Ismail Sultan Ibrahim, menyatakan pendapat peribadinya dan mengkritik 'individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi Perdana Menteri'.
 
Mohamad Fuzi berkata, pihak yang paling layak mengulas berhubung kejadian itu adalah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar kerana beliau menjadi Ketua Polis Negara ketika itu.
 
 


Demikianlah Artikel Tiada fakta, KPN enggan komen kes Prebet Adam

Sekianlah artikel Tiada fakta, KPN enggan komen kes Prebet Adam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada fakta, KPN enggan komen kes Prebet Adam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/tiada-fakta-kpn-enggan-komen-kes-prebet.html

Subscribe to receive free email updates: