Judul : 11 portfolio baru diperkenal di Terengganu
link : 11 portfolio baru diperkenal di Terengganu
11 portfolio baru diperkenal di Terengganu
Dr Ahmad Samsuri berkata beliau sendiri akan pengerusikan portfolio Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengumumkan senarai 11 portfolio baharu untuk membantu kelancaran pentadbiran negeri.
Beliau berkata terdapat beberapa penambahbaikan tugasan dibuat terhadap exco berbanding portfolio terdahulu.
“Saya sendiri akan mempengerusikan portfolio Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli manakala Adun Paka Satiful Bahari Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.
“Selain itu, Adun Bukit Tunggal Dr Alias Razak pula akan mempengerusikan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar manakala Adun Bukit Payong Mohamad Nor Hamzah mempengerusikan Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan,” katanya.
Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama di Wisma Darul Iman hari ini.
Selain itu, Adun Jabi Dr Azman Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Adun Ladang Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran) serta Adun Alor Limbat Ariffin Deraman (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat).
Selain itu, Adun Chukai Hanafiah Mat pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional serta Adun Wakaf Mempelam Wan Sukairi Wan Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO).
Manakala Adun Kuala Berang Dr Mamad Puteh (Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau) serta Adun Kota Putera Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja.
PAS Terengganu berjaya membentuk kerajaan negeri setelah memenangi 22 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri pada pilihan raya umum ke-14, 9 Mei lepas.
Demikianlah Artikel 11 portfolio baru diperkenal di Terengganu
Sekianlah artikel 11 portfolio baru diperkenal di Terengganu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 11 portfolio baru diperkenal di Terengganu dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/11-portfolio-baru-diperkenal-di.html