Mengapa dahulukan Majlis Penasihat PM?

Mengapa dahulukan Majlis Penasihat PM? - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa dahulukan Majlis Penasihat PM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa dahulukan Majlis Penasihat PM?
link : Mengapa dahulukan Majlis Penasihat PM?

Baca juga


Mengapa dahulukan Majlis Penasihat PM?

Oleh Fakhrurrazi Rashid
 
 
Dr Mahathir Mohamad gagal menyelesaikan barisan jemaah menteri, sebaliknya sudah melantik Majlis Penasihat dan Jawatankuasa Perubahan Institusi.
 
 



Kita bersyukur dan bertuah, akhirnya Malaysia dapat merasai pertukaran kerajaan pada pilihanraya umum ke-14 (PRU14) secara aman dan penuh semangat kejayaan. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mahu melihat keputusan dan “tanda pangkah” mereka menyokong PKR dan Pakatan Harapan (PH) membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-7, rakyat menantikan jemaah menteri yang kukuh di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri menerusi Peruntukan 43(a), namun apa yang pasti, kerajaan masih tidak dapat menyelesaikan peruntukan untuk melantik jemaah menteri di bawah peruntukan Perkara 43(b). Persoalannya, mengapa pemilihan menteri kabinet ini memakan masa yang panjang?

Jauh sekali persoalan ini untuk membandingkan kerajaan PH dan Barisan Nasional yang amat berbeza dari segi urusan pentadbiran. Namun, spekulasi tentang senarai jemaah menteri tidak seharusnya dilewatkan kerana Malaysia memerlukan sebuah pentadbiran kerajaan dengan kadar segera.

Sebaliknya, kerajaan Dr Mahathir berjaya membentuk sebuah institusi yang tidak sepatutnya didahulukan, iaitu Majlis Penasihat dan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi.

Penulis percaya cadangan ini memberi satu kelegaan kepada rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada setiap tokoh yang mewakili majlis tersebut. Cuma apakah implikasi 2 buah badan ini dalam pentadbiran negara.

Jawatankuasa Parlimen dan wakil rakyat

Wakil rakyat yang dipilih sepatutnya mendapat peranan mereka dalam institusi kerajaan. Majlis Penasihat Perdana Menteri ini sememangnya baik untuk memastikan struktur negara disusun semula, namun mengapa tidak dibawa wakil rakyat untuk berbincang dan duduk bersama dalam majlis tersebut.

Meskipun ahli majlis penasihat ini mempunyai kemampuan luar biasa, namun mereka ini bukanlah pihak yang dipilih rakyat dalam PRU14. Boleh jadi ia akan memandulkan keterbukaan kepimpinan dan rakyat membahaskan sesuatu isu kerana pandangan tersebut hanya berlingkaran antara ahli majlis dan perdana menteri tanpa perbahasan yang luas dengan wakil rakyat yang lain.

Seharusnya perbincangan ekonomi dan pentadbiran ini harus melibatkan wakil rakyat yang dipilih dengan mewujudkan Jawatankuasa Parlimen (Select Committee) yang sudah lama dipraktikan di negara maju seperti Jerman dan United Kingdom.

Jawatankuasa Parlimen ini boleh ditubuhkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 18, Dewan Rakyat. Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen pelbagai parti, akademik dan golongan berkemahiran dalam membincangkan sesuatu isu negara.

Penubuhan Majlis Penasihat melambangkan wakil rakyat di Malaysia masih menghadapi kesukaran dan ruang yang amat terhad dalam membahaskan isu negara secara demokrasi.

Mereka yang dipilih rakyat sepatutnya yang memikul tugas berat rakyat, dan bukan Majlis Penasihat. Perkara ini bagi memastikan setiap tindakan yang dilakukan oleh majlis selari dengan kehendak rakyat, dan bukan kepentingan seorang pemimpin.

Satu persoalan yang timbul adalah, kepada siapa laporan Majlis Penasihat dan Jawatankuasa Perubahan Institusi akan dipersembahkan? Berdasarkan kenyataan Tun Daim Zainuddin, setiap syor daripada kedua-dua jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan dilaporkan kepada perdana menteri.

Perkara ini bertentangan dengan prinsip demokrasi yang matang apabila sesuatu laporan itu hanya dipersembahkan kepada perdana menteri dan bukan Parlimen.

Kita lihat bagaimana laporan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang PRU14 menggunakan kuasa yang sama apabila laporan tersebut terus dpersembahkan kepada perdana menteri dan bukannya Parlimen. Akhirnya, kita menyaksikan perbahasan laporan persempadanan yang tempang pada saat-saat akhir.

Kukuh institusi berdasarkan demokrasi bukan PM

Saya masih berharap agar kerajaan PH yang baharu ini dapat menamakan jemaah menteri secepat yang mungkin supaya kerja pentadbiran negara dapat dilaksanakan.

Perkara ini amat menyedihkan apabila pardana menteri yang baharu ini gagal menyelesaikan barisan jemaah menteri tetapi sudah melantik 2 buah organisasi iaitu Majlis Penasihat dan Jawatankuasa Perubahan Institusi.

Perdana menteri hari ini perlu menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen. Perkara ini memberi peluang kepada wakil rakyat yang lain untuk melibatkan diri dalam bidang dan perbincangan masa hadapan negara. Malaysia tidak boleh menumpukan kepada sosok pemimpin, tetapi harus ke depan dalam memulihkan struktur negara yang perlukan pembaharuan.

Jika Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak berjaya menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen dalam membincangkan isu reformasi pilihan raya dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), maka adakah Dr Mahathir mampu bertindak secara terbuka dan demokratik untuk memastikan institusi negara berjalan dengan teratur dengan menubuhkan Jawatankuasa Parlimen?

*Fakhrurrazi Rashid ialah pembaca FMT.



Demikianlah Artikel Mengapa dahulukan Majlis Penasihat PM?

Sekianlah artikel Mengapa dahulukan Majlis Penasihat PM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengapa dahulukan Majlis Penasihat PM? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/mengapa-dahulukan-majlis-penasihat-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :