Shafie mahu jadi ketua menteri Sabah, kata Najib

Shafie mahu jadi ketua menteri Sabah, kata Najib - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shafie mahu jadi ketua menteri Sabah, kata Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shafie mahu jadi ketua menteri Sabah, kata Najib
link : Shafie mahu jadi ketua menteri Sabah, kata Najib

Baca juga


Shafie mahu jadi ketua menteri Sabah, kata Najib

 
Perdana menteri berkata, Shafie Apdal mungkin berdendam dengannya kerana hasrat untuk bertanding di kerusi DUN tidak dipenuhi 5 tahun lalu.





KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal pernah merayu untuk bertanding di kerusi negeri di Sabah.

“Beliau tidak cakap secara terus-terang ianya disebabkan beliau mahu menjadi ketua menteri. Tetapi, apa lagi maksudnya di sebalik permintaan itu?

“Saya menolak permintaanya kerana beliau sudah menjadi menteri kanan dengan portfolio penting dan beliau patut meneruskan tugasnya membantu rakyat.

“Beliau pergi selepas saya cakap begitu, tetapi saya tidak sangka beliau akan berdendam.

“Beliau hanya menunggu peluang sesuai untuk menikam belakang saya atas perkara itu,” katanya kepada lebih 10,000 rakyat yang menghadiri program bertemu rakyat di Kalabakan, Tawau, hari ini.

Najib berkata, Shafie yang kini presiden Parti Warisan Sabah, dilantik menteri kerana beliau fikir seseorang dari Sabah dan Sarawak lebih memahami keperluan rakyat di sana.

Lebih 10,000 orang menghadiri program Najib bertemu rakyat di Kalabakan, Tawau, hari ini.

“Saya boleh melantik seseorang dari Semenanjung atau Sarawak. Tetapi, saya memilihnya kerana saya fikir beliau boleh menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Najib berkata, malangnya, apabila Shafie diberikan jawatan penting, seolah-olah beliau berasa sangat berkuasa.

Pada awal ucapannya, Najib memberitahu hadirin, Sabah tidak sepatutnya dilayan sebagai deposit tetap Barisan Nasional (BN) kerana pengundi dan negeri itu lebih daripada itu.

“Sabah rakan setia BN. Dalam masa baik dan buruk, Sabah tidak pernah berhenti menyokong BN. Hanya mereka dengan agenda tersendiri akan meninggalkan (BN),” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Ghapur Salleh dan semua calon BN di kerusi Kalabakan serta Tawau.



Demikianlah Artikel Shafie mahu jadi ketua menteri Sabah, kata Najib

Sekianlah artikel Shafie mahu jadi ketua menteri Sabah, kata Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shafie mahu jadi ketua menteri Sabah, kata Najib dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/shafie-mahu-jadi-ketua-menteri-sabah.html

Subscribe to receive free email updates: