Judul : Wee cabar DAP tunjuk bukti BN ditaja jutaan ringgit
link : Wee cabar DAP tunjuk bukti BN ditaja jutaan ringgit
Wee cabar DAP tunjuk bukti BN ditaja jutaan ringgit
Wee Ka Siong menuntut Liew Chin Tong memohon maaf secara terbuka, jika beliau gagal mengemukakan bukti terhadap dakwaan itu.
Timbalan presiden MCA itu berkata, jika Liew gagal mengemukakan bukti itu, maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka.
“Ini dakwaan mengarut dan tindakan tidak bertanggungjawab daripada Liew,” katanya pada sidang media di bilik gerakan BN cawangan Yong Peng hari ini.
Wee yang juga calon BN di Ayer Hitam berkata, dakwaan itu pertama kali dihadapinya sepanjang bertanding di kerusi Parlimen itu sejak 3 penggal lalu.
“Kalau anak jantan tunjuk sifat kejantanan. Saya juga tidak ada hak untuk menyekat mana-mana pihak hadir ke ceramah umum saya.
“Takkan saya nak periksa seorang-seorang yang hadir dalam ceramah saya memiliki kekayaan macam mana? Ini tuduhan tak berasas,” katanya.
Semalam, Liew menerusi sidang media mendakwa seorang ahli perniagaan di Johor menyumbang berjuta ringgit kepada BN bagi memastikan beliau kalah di kawasan yang ditandinginya.
Calon DAP di Ayer Hitam itu berkata, beliau difahamkan ahli perniagaan itu membantu BN di Ayer Hitam, Labis dan Sembrong.
Klik sini untuk perkembangan sepanjang musim PRU14
Demikianlah Artikel Wee cabar DAP tunjuk bukti BN ditaja jutaan ringgit
Sekianlah artikel Wee cabar DAP tunjuk bukti BN ditaja jutaan ringgit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wee cabar DAP tunjuk bukti BN ditaja jutaan ringgit dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/wee-cabar-dap-tunjuk-bukti-bn-ditaja.html