Judul : Senjata peninggalan pengganas Kiram?
link : Senjata peninggalan pengganas Kiram?
Senjata peninggalan pengganas Kiram?
Raifal M16 dan kelopak peluru yang ditemui. - Foto Izhari Ariffin
Mohd Ruzaini Zulkepli
am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Polis Sabah tidak menolak kemungkinan penemuan dua bom, satu raifal M16, peluru serta kelopak peluru kosong di kawasan kebun Kampung Pasusul, Tanjung Batu, Lahad Datu, Ahad lalu, adalah peninggalan pengganas Kiram ketika Op Daulat, tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu dan siasatan secara komprehensif masih dijalankan.
"Kita mengesahkan kejadian ini dan tidak menolak kemungkinan senjata yang ditemui itu peninggalan ketika operasi Op Daulat di lokasi itu.
Berhubung penahanan seorang lelaki berusia 50-an yang dipercayai menemui bahan letupan dan senjata api itu, ia adalah bagi membantu siasatan polis sahaja," katanya di sini, hari ini.
Dalam kejadian 8 pagi Ahad lalu, seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan polis susulan penemuan bahan letupan dan senjata api ketika sedang membuat pembersihan di sebuah kebun di kampung berkenaan sebulan lalu.
Antara bahan letupan dan senjata yang ditemui dan dipercayai disimpan di dalam guni plastik berwarna putih serta kanvas itu adalah 14 kelopak peluru kosong, satu botol plastik mengandungi peluru, satu kantung beg kelopak peluru, raifal M16 bersama kelopak peluru dan dua bom yang jenisnya belum dikenal pasti.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2016 @ 5:10 P
Demikianlah Artikel Senjata peninggalan pengganas Kiram?
Sekianlah artikel Senjata peninggalan pengganas Kiram? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Senjata peninggalan pengganas Kiram? dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2016/11/senjata-peninggalan-pengganas-kiram.html