Muhyiddin: Saya setia pada Sultan tetapi setuju dengan Dr Mahathir

Muhyiddin: Saya setia pada Sultan tetapi setuju dengan Dr Mahathir - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muhyiddin: Saya setia pada Sultan tetapi setuju dengan Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muhyiddin: Saya setia pada Sultan tetapi setuju dengan Dr Mahathir
link : Muhyiddin: Saya setia pada Sultan tetapi setuju dengan Dr Mahathir

Baca juga


Muhyiddin: Saya setia pada Sultan tetapi setuju dengan Dr Mahathir

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak ada keperluan untuk mempersoalkan kesetiaan beliau  terhadap Sultan Johor namun menegaskan beliau senada dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pembangunan Forest City  di negeri itu oleh pelabur warga China. 
 
Ujarnya, isu pokok bukanlah soal kesetiaan sebaliknya ia membabitkan isu kedaulatan.
 
"Isu yang berada di hadapan kita sekarang bukan isu kesetiaan. Isu pokoknya kedaulatan. Ia adalah soal prinsip.
 
"Apa prinsip kita mengenai kedaulatan negara dan kepentingan rakyat? Adakah penjualan tanah-tanah kepada syarikat asing untuk dibina rumah-rumah kediaman yang kemudiannya dijual sebahagian besarnya kepada rakyat negara asing memenuhi kepentingan rakyat negara ini?
 
"Bagaimana pula tanah-tanah ini yang dimiliki secara kekal oleh rakyat negara asing tidak mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara?," ulas Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini.
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Aziz Kaprawi yang juga Ahli Parlimen Sri Gading baru-baru ini berkata, Muhyiddin selaku anak Johor dan bekas  Menteri Besar di negeri itu selama sembilan tahun seharusnya menasihati Dr Mahathir agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kemarahan pelbagai pihak termasuk Tuanku Sultan.
 
Muhyiddin bagaimanapun mendakwa apa yang berlaku di Forest City bukanlah pelaburan asing, tetapi penjualan tanah kepada syarikat asing.
 
"Ketika saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri. 
 
"Dasar kerajaan pada ketika itu ialah tanah-tanah yang dijual kepada pelabur asing mestilah tidak berstatus hak milik kekal. Ini penting supaya tanah-tanah ini tidak jatuh ke tangan pihak asing.
 
"Adakah dasar ini telah tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri Johor ketika meluluskan penjualan tanah-tanah di Forest City kepada syarikat asing? Atau adakah dasar mengenai pemilikan tanah oleh orang asing telah berubah?
 
"Persoalan ini perlu dijawab oleh kerajaan negeri Johor dan kerajaan Persekutuan," soalnya lagi.
 
Menurutnya, walaupun persoalan mengenai tanah adalah bidang kuasa negeri namun dakwanya, kerajaan negeri boleh mengenepikan dasar pemilikan tanah oleh warganegara asing dan sekatan-sekatan yang biasa dikenakan ke atas pemindahannya boleh diketepikan begitu sahaja hanya dilihat dari sudut keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan soal hak dan kedaulatan negeri.
 
"Tanah Besar China mempunyai agenda tertentu untuk menawan ekonomi wilayah termasuk rantau ini menerusi Gagasan Laluan Suteranya. Itulah juga yang diperingat oleh Tun Mahathir
 
Justeru ujarnya, kesetiaan tidak sepatutnya bersifat membuta tuli sebaliknya berpaksikan kepada prinsip kebenaran.
 
"Itu juga yang diajar oleh agama Islam. Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar," ujarnya lagi.
 
Mahathir sebelum ini menggunakan laporan agensi berita Barat untuk membidas projek Forest City, menyebabkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail membidas mantan Perdana Menteri itu kerana menggunakan hujah yang remeh dan tidak tepat. 




Demikianlah Artikel Muhyiddin: Saya setia pada Sultan tetapi setuju dengan Dr Mahathir

Sekianlah artikel Muhyiddin: Saya setia pada Sultan tetapi setuju dengan Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin: Saya setia pada Sultan tetapi setuju dengan Dr Mahathir dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/01/muhyiddin-saya-setia-pada-sultan-tetapi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :