Tindakan Sarawak boleh cetuskan perkara lebih serius - Pakar Ekonomi

Tindakan Sarawak boleh cetuskan perkara lebih serius - Pakar Ekonomi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan Sarawak boleh cetuskan perkara lebih serius - Pakar Ekonomi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan Sarawak boleh cetuskan perkara lebih serius - Pakar Ekonomi
link : Tindakan Sarawak boleh cetuskan perkara lebih serius - Pakar Ekonomi

Baca juga


Tindakan Sarawak boleh cetuskan perkara lebih serius - Pakar Ekonomi

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan kerajaan negeri Sarawak yang menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia boleh memberi ancaman dan membawa kesan yang lebih serius kelak.
 
Pakar ekonomi, Prof Madya Dr Barjoyai Bardai meramalkan tidak mustahil negeri bumi kenyalang itu boleh bertindak sedemikian sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan yang dibuat di Semenanjung.
 
"Itu lah sebab saya kata tadi, ini merupakan satu ancaman sebenarnya. Bukan satu keputusan yang muktamad sebab saya rasa setiap negeri tidak boleh bertindak bersendirian selagi mereka duduk di dalam Malaysia. 
 
Ini bahayanya kalau misalnya ini menjadi isu kemudian katalah Menteri berkaitan mengatakan ini tidak boleh dan apa kata kalau Sarawak kata okay kita akan buat referendum keluar dari Malaysia. Itu boleh menjadi isu negara yang besar," katanya kepada Antarapos.
 
Justeru katanya, adalah penting kesepakatan antara semua negeri dalam Malaysia berhubung apa jua hal termasuk dalam isu pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Julai ini.
 
Tambah Barjoyai lagi, percanggahan pelaksanaan cukai pelancongan tersebut turut dikatakan sedikit sebanyak mampu memberi impak terhadap aktiviti industri pelancongan negara.
 
"Mana mungkin ada negeri-negeri di dalam Malaysia yang tidak sepakat. Setengah negeri kenakan cukai, setengah negeri tidak. Satu, seolah-olah dia satu negara yang berbeza. Bila dia masuk Sarawak tidak dikenakan cukai, bila dia masuk Sabah kena cukai misalnya. 
 
"Keduanya dari segi koordinasi dalam aktiviti promosi pelancongan pun akan berlaku kecanggahan sebab Sarawak akan memasarkan produk pelancongannya mengatakan datang Sarawak tidak dikenakan cukai. Datang negeri lain kena cukai. Mungkin mewujudkan satu situasi dalam sebuah negera yang tidak terurus tidak koordinasi," ujarnya lanjut.
 
Semalam Sarawak mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa serta-merta.
 
Pejabat Ketua Menteri Sarawak, membuat keputusan itu selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.
 
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mahu pelaksanaan cukai pelancongan di Sabah dan Sarawak ditangguhkan.
 
Tetapi perkara itu tidak dipersetujui Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz



Demikianlah Artikel Tindakan Sarawak boleh cetuskan perkara lebih serius - Pakar Ekonomi

Sekianlah artikel Tindakan Sarawak boleh cetuskan perkara lebih serius - Pakar Ekonomi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan Sarawak boleh cetuskan perkara lebih serius - Pakar Ekonomi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/06/tindakan-sarawak-boleh-cetuskan-perkara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :