Kenyataan Anwar 'disolek' untuk halalkan tindakan Azmin, dakwa Chegubard

Kenyataan Anwar 'disolek' untuk halalkan tindakan Azmin, dakwa Chegubard - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenyataan Anwar 'disolek' untuk halalkan tindakan Azmin, dakwa Chegubard, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenyataan Anwar 'disolek' untuk halalkan tindakan Azmin, dakwa Chegubard
link : Kenyataan Anwar 'disolek' untuk halalkan tindakan Azmin, dakwa Chegubard

Baca juga


Kenyataan Anwar 'disolek' untuk halalkan tindakan Azmin, dakwa Chegubard

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas ahli seumur hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin mempertikaikan kesahihan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan semalam mengenai isu rundingan antara PKR dengan PAS.  
 
Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata,  kenyataan terbaru Ketua Umum PKR itu seolah-olah 'disolek' pihak tertentu demi menghalalkan usaha Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali, individu yang menggerakkan inisiatif dalam mewujudkan rundingan antara dua parti itu.  
 
"Mengenali sosok Anwar Ibrahim, pengalaman saya berhubung, bercakap dan membaca tulisan Anwar Ibrahim, saya boleh katakan kenyataan tersebut bukan ditulis oleh Anwar Ibrahim.
 
"Sebab kenyataan dikeluarkan dengan pelbagai cara. Dan saya percaya kenyataan semalam disalin oleh peguam dan ditulis semula, dan disiarkan mengikut kepentingan kelompok peguam Anwar.
 
"Yang nyata, kenyataan tersebut telah dimekap dan disolek supaya ia memenuhi kehendak kartel Azmin yang cuba mewajahkan bahawa tulisan itu menghalalkan rundingan yang dibuat kononnya atas arahan Anwar semata-mata," katanya kepada Antarapos.
 
Dakwa bekas ketua PKR Cabang Rembau itu lagi, terdapat keraguan ketara dalam kenyataan tersebut yang menyentuh mengenai kerjasama PAS dan Umno, yang mana kata Chegubard, membuktikan bahawa ia bukan pendirian Ketua Pembangkang itu. 
 
"Cuba kita tengok betul-betul kenyataan tersebut, dalam keadaan kita bermati-matian mengatakan bahawa PAS menerima bayaran daripada Umno dan (Datuk Seri) Najib Razak, tapi dalam kenyataan tersebut kalau kita faham, dalam tulisan tersebut seolah-olah Anwar menerima penafian PAS.
 
"Kalau Anwar terima penafian tersebut, maka Sarawak Report berbohong, Rafizi dan Husam Musa membohong. Kerana itu saya kata kenyataan itu palsu, disalin balik dan disolek berdasarkan kehendak kelompok peguam itu. 
 
"Kedua, mana mungkin Anwar buat kenyataan berbolak balik. Anwar ini seorang yang tepat dan tegas," katanya lagi. 
 
Ketika ditanya mengenai bukti atas asas dakwaannya itu, Chegubard enggan mendedahkan sumber beliau.
 
Anwar semalam dalam kenyataannya tampil mengesahkan beliau mempersetujui usaha mewujudkan rundingan antara partinya dengan PAS.
 
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Biro Komunikasi parti itu, Anwar berkata PKR konsisten untuk mengukuhkan Pakatan Harapan (PH) dan seandainya wujud rundingan bersama parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ia tetap akan berlaku dalam 'kerangka komitmen PKR dengan PH'.
 
Anwar berkata, dasar PKR adalah 'tidak memusuhi PAS'.
 
Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilihat sebagai tokoh utama yang mahu meneruskan rundingan PKR dengan PAS, selepas tahaluf siyasi antara kedua-dua parti terputus secara rasmi pada Mei lalu. 
 
Pendirian itu akhirnya membawa perpecahan dalam parti itu, namun Azmin menafikan rundingan dengan PAS dibuat atas tindakan individu sebaliknya ia adalah mandat parti. 
 
Hari ini, Azmin dalam kenyataannya berkata usaha beliau yang menggerakkan inisiatif dalam mewujudkan rundingan bersama PAS akhirnya dibuktikan betul, susulan kenyataan yang dikeluarkan Anwar semalam.
 
 


Demikianlah Artikel Kenyataan Anwar 'disolek' untuk halalkan tindakan Azmin, dakwa Chegubard

Sekianlah artikel Kenyataan Anwar 'disolek' untuk halalkan tindakan Azmin, dakwa Chegubard kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Anwar 'disolek' untuk halalkan tindakan Azmin, dakwa Chegubard dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/kenyataan-anwar-disolek-untuk-halalkan.html

Subscribe to receive free email updates: