Maklumat diterima Anwar terhad, kata Rafizi

Maklumat diterima Anwar terhad, kata Rafizi - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maklumat diterima Anwar terhad, kata Rafizi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maklumat diterima Anwar terhad, kata Rafizi
link : Maklumat diterima Anwar terhad, kata Rafizi

Baca juga


Maklumat diterima Anwar terhad, kata Rafizi

 
Naib presiden PKR itu berkata, kumpulan peguam Anwar lebih cenderung menyokong rundingan pembahagian kerusi dengan PAS menjelang PRU14.


rafizi-ramli-anwar-ibrahim-bendera-pkr-logo-malaysia

PETALING JAYA: Maklumat diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan terbatas kerana ia disampaikan peguamnya, kata Rafizi Ramli.

Naib presiden PKR itu menyifatkan maklumat yang disampaikan kepada Anwar “meruncing” kerana barisan peguamnya menyokong usaha parti itu berunding dengan PAS bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Dalam isu rundingan kerusi dengan PAS, keterbatasan maklumat itu lebih meruncing kerana satu-satunya saluran maklumat beliau yang paling kerap ialah melalui peguam Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan N Surendran.

“Ketiga-tiganya adalah pendukung kepada cadangan bekerjasama dengan PAS untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Anwar mengesahkan beliau merestui rundingan PKR dengan PAS.

Beliau berkata, walaupun PKR berunding dengan PAS, parti itu komited dalam kerjasama Pakatan Harapan (PH) kerana dasar PKR ialah “tidak memusuhi PAS”.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, keterbatasan Anwar itu menyebabkan sesuatu keputusan itu perlu dibincang dan dimuktamadkan pimpinan PKR serta PH.

“Kenyataan Anwar semalam tidak boleh disalah ertikan sebagai persetujuan untuk terus menggantung rundingan kerusi di peringkat PH demi memujuk PAS sehingga ke saat akhir penamaan calon.”

Katanya, membawa isu rakyat adalah strategi lebih baik untuk memenangi undi penyokong PAS, bukannya rundingan dengan pemimpin parti Islam itu yang jelas menemui jalan buntu.



Demikianlah Artikel Maklumat diterima Anwar terhad, kata Rafizi

Sekianlah artikel Maklumat diterima Anwar terhad, kata Rafizi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maklumat diterima Anwar terhad, kata Rafizi dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/maklumat-diterima-anwar-terhad-kata.html

Subscribe to receive free email updates: