Ketua polis negara mahu belajar memasak selepas bersara

Ketua polis negara mahu belajar memasak selepas bersara - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua polis negara mahu belajar memasak selepas bersara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua polis negara mahu belajar memasak selepas bersara
link : Ketua polis negara mahu belajar memasak selepas bersara

Baca juga


Ketua polis negara mahu belajar memasak selepas bersara

 
Khalid Abu Bakar Khalid bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci bila dan kursus apakah yang akan beliau ambil di Institut Bakeri Malaysia, Petaling Jaya.


khalid-abu-bakar-bakeri-mib-1


KUALA LUMPUR: Selepas mengabdikan 75% hidupnya kepada pasukan keselamatan negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bakal bersara sebagai ketua polis negara dalam tempoh 2 hari lagi, mahu membuka lembaran baru dengan mengikuti kelas masakan.

“Saya sudah bersedia (memulakan kehidupan sebagai orang awam). Saya akan mengikuti kelas memasak dengan Institut Bakeri Malaysia (MIB) di Petaling Jaya,” katanya kepada FMT hari ini.

Khalid yang akan meraikan ulang tahun kelahiran ke-60 pada Selasa ini, bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci bila dan kursus apakah yang akan beliau ambil.

MIB menawarkan kursus bakeri sepenuh masa dan jangka pendek, selain menawarkan program untuk sektor korporat.

Pada 1976, Khalid memulakan kerjayanya dengan pasukan polis ketika berusia 19 tahun dan pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai ketua polis Negeri Sembilan pada 2005.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, sebelum menjadi ketua polis Selangor pada Jun 2007.

Beliau kemudiannya mengetuai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman pada 2010, sebelum dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua polis negara pada 2011, menggantikan Tan Sri Husin Ismail yang bersara wajib.

Pada 17 Mei 2013, anak jati Seremban itu diberikan tanggungjawab untuk menerajui pasukan polis negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak.



Demikianlah Artikel Ketua polis negara mahu belajar memasak selepas bersara

Sekianlah artikel Ketua polis negara mahu belajar memasak selepas bersara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua polis negara mahu belajar memasak selepas bersara dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/09/ketua-polis-negara-mahu-belajar-memasak.html

Subscribe to receive free email updates: