Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar

Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar
link : Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar

Baca juga


Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar

KEADILAN DAILY

Kes-Fitnah-II2

Putrajaya sehingga kini tidak pernah menyangkal dakwaan bahawa RM9.5 juta wang rakyat digunakan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk mengupah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi bertindak sebagai pendakwa dalam rayuan kes Fitnah II.

Perkara itu didedahkan pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada hakim Azizah Nawawi dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

“Dakwaan itu tidak disangkal dengan bukti bahawa pendakwa (Shafee) dibayar RM9.5 juta untuk transaksi oleh saksi penting, iaitu Najib,” kata peguam Anwar dalam penghujahan mereka, lapor Malaysiakini.

Kerajaan, yang dinamakan sebagai responden dalam saman asal, memohon mengetepikan saman itu yang mendesak agar Najib dan Shafee mendedahkan penyata kewangan mereka.

Permohonan itu dibuat dalam kamar hari ini.

Terdahulu, peguam Anwar yang diketuai oleh bekas hakim persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram bersama N Surendran dan Latheefa Koya, memohon supaya prosiding dibuat di mahkamah terbuka, bawah Seksyen 15, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA).

Bagaimanapun, Azizah menolak permohonan itu tanpa mendengar sebarang penghujahan daripada peguam kanan persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud yang bertindak bagi pihak kerajaan.

Peguam Anwar memberitahu mahkamah bahawa Ketua Umum KEADILAN itu berhak mendapatkan perbicaraan adil, bagi mendapatkan hak merayu di semua peringkat, di bawah Perkara 5(1) Persekutuan Persekutuan.
 
Kata mereka, Anwar berhak mendapatkan pendakwa bebas yang tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Pihak pendakwaan, yang mempunyai kepentingan kewangan dalam prosiding itu, patut tidak dibenarkan menjalankan prosiding di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kata mereka.

Pasukan pendakwaan diketuai Awang Armadajaya, Timbalan Pendakwa Raya Kwan Li Sa dan K Mangai bertindak bagi pihak pendakwaan. Nur Emilia Mohd mewakili Najib.

Shafee turut hadir di mahkamah.

Aziah menetapkan 24 Oktober depan untuk menyampaikan keputusannya.



Demikianlah Artikel Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar

Sekianlah artikel Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib tak nafi bayar RM9.5 juta untuk penjarakan Anwar dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/najib-tak-nafi-bayar-rm95-juta-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: