Saifuddin: Umno BN tak kenang budi penjawat awam

Saifuddin: Umno BN tak kenang budi penjawat awam - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saifuddin: Umno BN tak kenang budi penjawat awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saifuddin: Umno BN tak kenang budi penjawat awam
link : Saifuddin: Umno BN tak kenang budi penjawat awam

Baca juga


Saifuddin: Umno BN tak kenang budi penjawat awam


Saifuddin 

KEADILAN DAILY



Dakwaan semberono Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meramalkan nasib penjawat awam akan ‘gelap’ jika Pakatan Harapan memerintah terus dibidas pemimpin KEADILAN.

Terkini, Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa Najiblah sebenarnya yang tidak mengenang jasa kakitangn kerajaan yang berbakti kepada negara dengan menyuntik elemen politik ke dalam institusi-institusi awam.

“Jika hendak dipersoalkan perihal kenang budi, Umno BN menjadi contoh kerajaan yang tidak tahu kenang budi rakyatnya.

“Setelah undi dan mandat diberi, di kemudian hari rakyat dilayan bagai ‘sampah sarap’, malah semua projek diberikan kepada kroni-kroninya sahaja.

“Lagi mendukacitakan apabila para penjawat awam sering dibelenggu oleh campurtangan politik dan kebajikan yang tidak berpenghujung,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin yang kini menyumbangkan bakti kepada warga Pulau Pinang di atas kapasitinya sebagai penasihat ketua menteri itu memberikan amaran kepada Najib tentang gelombang perubahan yang boleh dicetuskan penjawat awam.

“Diakui penjawat awam boleh menjadi pencetus perubahan dalam sektor perkhidmatan awam.

Justeru, jangan dibiarkan kerajaan Umno BN memperkotak-katikkan perkhidmatan awam lagi.

“Hal ini boleh diterjemahkan pada pilihan raya umum ke-14 dengan menggunakan kuasa undi bagi mengubah keadaan negara dan perkhidmatan awam khasnya,” katanya.

Najib semalam pada satu majlis bersama kakitangan awam dilapor berkata nasib penjawat awam akan gelap di bawah pemerintahan pembangkang.

Pada majlis sama, Najib turut mengumumkan yang beliau akan memberikan khabar gembira buat golongan itu menerusi Belanjawan 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.



Demikianlah Artikel Saifuddin: Umno BN tak kenang budi penjawat awam

Sekianlah artikel Saifuddin: Umno BN tak kenang budi penjawat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saifuddin: Umno BN tak kenang budi penjawat awam dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/saifuddin-umno-bn-tak-kenang-budi.html

Subscribe to receive free email updates: