Judul : Hentikan wayang politik, beritahu Mahdzir kepada Dr M
link : Hentikan wayang politik, beritahu Mahdzir kepada Dr M
Hentikan wayang politik, beritahu Mahdzir kepada Dr M
Menurut Mahdzir, Dr Mahathir akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain serta kesannya kepada individu terbabit.
KUALA NERANG: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihati Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menghentikan wayang politiknya dengan terus membuat serangan peribadi ke atas beberapa pemimpin dan memburuk-burukkan kerajaan.
Mahdzir berkata, Dr Mahathir, 92, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), perlu menginsafi dirinya berikutan usianya yang kian meningkat serta pernah mentadbir negara selama 22 tahun.
“Dia (Dr Mahathir) akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain serta kesannya kepada individu terbabit.
“Dia akan menghina pemimpin lain yang dianggap musuhnya secara terbuka dan itu antara strateginya dalam politik sejak dulu lagi. Dulu dia tidak suka kepada parti DAP, macam-macam yang dia kritik, tapi sekarang parti itulah dia paling sayang,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu lalu.
Demikianlah Artikel Hentikan wayang politik, beritahu Mahdzir kepada Dr M
Sekianlah artikel Hentikan wayang politik, beritahu Mahdzir kepada Dr M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hentikan wayang politik, beritahu Mahdzir kepada Dr M dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/hentikan-wayang-politik-beritahu.html