Judul : Isu tanah Felda: Polis serah laporan penuh pada peguam negara minggu depan
link : Isu tanah Felda: Polis serah laporan penuh pada peguam negara minggu depan
Isu tanah Felda: Polis serah laporan penuh pada peguam negara minggu depan
KPN berkata walaupun siasatan masih dijalankan, tetapi polis yakin siasatan akan selesai minggu depan.
KUALA LUMPUR: Polis berkata akan menyerahkan kertas siasatan penuh berhubung isu tanah Felda di Jalan Semarak kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada minggu depan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata walaupun siasatan masih dijalankan, tetapi polis yakin siasatan akan selesai minggu depan.
“Siasatan masih dijalankan. Kita jangka akan hantar minggu depan kepada peguam negara.
“Tetapi saya tidak boleh beritahu lebih lanjut kepada media berapa peratus siasatan telah dijalankan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat baharu seketeriat Aseanpol di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat.
Minggu lalu, bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan selesai memberikan keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman selepas lebih 5 jam disoal siasat.
Isa dipanggil polis selepas media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu pernah menjadi pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.
Demikianlah Artikel Isu tanah Felda: Polis serah laporan penuh pada peguam negara minggu depan
Sekianlah artikel Isu tanah Felda: Polis serah laporan penuh pada peguam negara minggu depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu tanah Felda: Polis serah laporan penuh pada peguam negara minggu depan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/01/isu-tanah-felda-polis-serah-laporan.html