Kes buli pelajar UPNM: Semakan kehakiman 5 pelajar ditolak

Kes buli pelajar UPNM: Semakan kehakiman 5 pelajar ditolak - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes buli pelajar UPNM: Semakan kehakiman 5 pelajar ditolak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes buli pelajar UPNM: Semakan kehakiman 5 pelajar ditolak
link : Kes buli pelajar UPNM: Semakan kehakiman 5 pelajar ditolak

Baca juga


Kes buli pelajar UPNM: Semakan kehakiman 5 pelajar ditolak



Zulfarhan-Osman_polis_600
Gambar fail


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh 5 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berhubung pembatalan pelantikan mereka sebagai Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM.

Hakim Datuk Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan semakan kehakiman berkenaan.
Azizah memerintahkan setiap pemohon, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Akmal Akif Alias, Mohamad Syazwan Musa, Muhamad Ashraf Abdullah dan Muhammad Amirul Asraff Mala membayar kos RM1,000 kepada Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, UPNM, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kerajaan Malaysia selaku responden.

Kelima-lima pemohon berusia 22 tahun itu, sebelum ini didakwa di mahkamah atas pertuduhan sengaja menyebabkan cedera terhadap rakan universiti mereka, Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain bagi memeras mangsa mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba dan kes itu masih di peringkat perbicaraan.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di bilik 03-05 Blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi, 21 Mei 2017 dan di bilik 04-10, asrama sama, antara 1.30 pagi dan 4.30 pagi, 22 Mei tahun lepas.

Pada 26 Februari 2018, Jabatan Peguam Negara mengemukakan bantahan terhadap permohonan pelajar itu atas alasan, Akademi Latihan Ketenteraan dan Kementerian Pertahanan Malaysia tidak sepatutnya dinamakan sebagai responden dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman itu.

Jabatan itu juga menyatakan pemohon tersilap apabila menamakan UPNM dan kerajaan sebagai responden kerana kedua-dua pihak tersebut bukan pembuat keputusan kerana pelantikan pemohon sebagai pegawai kadet bawah bidang kuasa Majlis Angkatan Tentera.

Pada 12 Februari lepas, Ahmad Shafwan, Muhammad Akmal Akif, Mohamad Syazwan, Muhamad Ashraf dan Muhammad Amirul memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi peguam Datuk Hazizah Kassim, manakala kesemua responden diwakili Peguam Persekutuan M Kogilambigai.

Menerusi permohonan itu, mereka kini digantung pengajian memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan kesemua responden bertarikh 19 Okt 2017 berkaitan pembatalan pelantikan sebagai Pegawai Kadet Akademi dan ditamatkan daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

Pemohon mendakwa keputusan dibuat kesemua responden adalah pramatang, tidak sah dan terbatal serta bercanggah dengan Perjanjian Mengikuti Pengajian dan Latihan di universiti itu bertarikh 12 Mei 2014.

Mereka juga memohon deklarasi bahawa tuntutan pembayaran balik wang ganti rugi kepada kerajaan sebanyak RM29,954 akibat pelanggaran perjanjian universiti adalah tidak sah, selain memohon perintah mandamus supaya responden membayar gaji pemohon dari Julai 2017 hingga tarikh penggantungannya di akademi latihan.

Turut dipohon perintah mandamus melantik semula pemohon sebagai Pegawai Kadet universiti berkenaan atau menggantung pelantikannya seperti keputusan UPNM bertarikh 14 Jun 2017 yang menggantung pengajian pemohon di universiti itu hingga pertuduhan dihadapi mereka didengar dan diputuskan mahkamah



Demikianlah Artikel Kes buli pelajar UPNM: Semakan kehakiman 5 pelajar ditolak

Sekianlah artikel Kes buli pelajar UPNM: Semakan kehakiman 5 pelajar ditolak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes buli pelajar UPNM: Semakan kehakiman 5 pelajar ditolak dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/03/kes-buli-pelajar-upnm-semakan-kehakiman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :