Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR

Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR
link : Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR

Baca juga


Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR



Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR




“Pas tekad menangi P115 Parlimen Batu”.

Itu ungkapan pada kain rentang bersaiz besar yang dipasang di khemah Pas di simpang jalan dekat Bandar Baru Sentul.

Tinjauan hari ini mendapati khemah Pas bersebelahan kompleks UTC Sentul itu terletak di seberang khemah PKR di tepi Blok 29, Flat Sri Perak.

Di Jalan 1/48A itu juga didirikan khemah BN sekali gus melambangkan pertembungan tiga penjuru paling menarik perhatian pada PRU kali ini.

Parlimen Batu antara lima kerusi di Wilayah Persekutuan yang ditandingi PKR tetapi cuba dikepung oleh Pas.

Situasi pertandingan tiga penjuru yang sebelum ini mahu dijauhi sebahagian pemimpin PKR termasuk cuba berbaik dengan Pas sekali gus bersikap dingin terhadap AMANAH sudah tidak dapat dielak.

Penyandang P115 Batu, Tian Chua akan berebut kerusi dengan calon Pas, Azhar Yahya selain berdepan dengan calon BN, Dominic Lau Hoe Chai.

Berdasarkan senarai penuh calon PKR yang dikeluarkan secara rasmi pagi tadi, calon parti itu bagi P116 Wangsa Maju, Tan Yee Kew pula akan bertembung dengan calon Pas, Razali Tumirin.

Pada masa sama, mereka bakal berebut undi dengan calon BN, Yew Teong Look.

Di P118 Setiawangsa, calon PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad bakal digegar calon Pas, Ubaid Abd. Akla manakala Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil bakal dicabar calon Pas, Fauzi Abu Bakar di P121 Lembah Pantai.

Sementara itu, PKR yang mempertaruhkan Kamarudin Jaafar di P124 Bandar Tun Razak akan ditentang calon Pas, Dr. Rosni Adam dan muka baharu BN, Adnan Abu Seman.

Keengganan Pakatan Harapan (PH) memberi peruntukan walau satu daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan kepada AMANAH menjadikan Pas tiada pesaing yang setara daripada sebuah parti Islam.

Ini sekali gus menjadikan PRU-14 tiada indikator untuk menilai impak pertembungan AMANAH dan Pas di Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, sejauh mana keupayaan lima calon PKR menangani pencabarnya, Pas yang memancing pengundi dengan sentimen agama akan ditentukan pada 9 Mei ini.

Begitu juga dua calon Bersatu di kerusi Titiwangsa (Ketua Srikandi Bersatu, Rina Harun) dan Putrajaya (pensyarah Datuk Dr Samsu Adabi Mamat).

Masing-masing bakal merasai penangan calon Pas, Mohamad Noor Mohamad dan Zainal Kidam.

Untuk rekod, Setiawangsa dan Titiwangsa pada PRU lalu dimenangi BN dengan majoriti tipis masing-masing hanya 1,390 dan 866 undi.

Pada masa sama, PKR yang diwakili Nurul Izzah Anwar juga menang kecil di Lembah Pantai dengan cuma 1,847 undi.

Dalam perkembangan berkaitan, nafsu besar Pas Wilayah Persekutuan juga dapat dilihat apabila cuba menggegar kerusi DAP di P117 Segambut.

Hal ini menyaksikan penyandang P117, Lim Lip Eng turut diajak bertanding tiga penjuru daripada calon Pas, Mohd. Solleh Ab. Razak dan calon BN, J. Loga Bala Mohan.

Berbaki dua kerusi lagi di Wilayah Persekutuan iaitu P122 Seputeh dan P123 Cheras, Pas enggan pula meletakkan calonnya di kedua-dua kubu kuat DAP itu.



Demikianlah Artikel Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR

Sekianlah artikel Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pas Wilayah Persekutuan kepung lima kerusi ditandingi PKR dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/pas-wilayah-persekutuan-kepung-lima.html

Subscribe to receive free email updates: