Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon – KSN

Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon – KSN - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon – KSN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon – KSN
link : Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon – KSN

Baca juga


Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon – KSN

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA KRAI: Penjawat awam yang berkhidmat secara tetap atau kontrak yang dipilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei depan, perlu meletakkan jawatan masing-masing, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab penjawat awam untuk mematuhi prosedur itu yang dilaksanakan sebelum ini.

“Kita kena tengok jumlah (penjawat awam menjadi calon) selepas berlangsungnya penamaan calon Sabtu ini, pada hari tersebut automatik semuanya akan terjawab,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Kebajikan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di Hospital Kuala Krai (HKK) di sini, semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Puspanita Datuk Seri Rohani Abdullah, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah HKK Dr Mohd Salleh Mat Jusoh.

Pada program itu, Ali yang juga penasihat Puspanita turut menyerahkan sumbangan daripada persatuan itu berjumlah RM103,000 kepada HKK bagi pembelian peralatan dan ubat-ubatan hospital berkenaan selain sumbangan kepada pesakit.

Terdahulu, beliau yang dalam rangka lawatan selama dua hari di Kelantan meluangkan masa melawat hospital baharu Kuala Krai, di sini yang dilaporkan 99 peratus siap.

Beliau berkata pembinaan hospital yang dilengkapi peralatan canggih dengan kos RM300 juta tersebut menunjukkan kerajaan persekutuan benar-benar ingin membantu rakyat Kelantan.– Bernama



Demikianlah Artikel Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon – KSN

Sekianlah artikel Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon – KSN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjawat awam perlu letak jawatan jika jadi calon – KSN dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/04/penjawat-awam-perlu-letak-jawatan-jika.html

Subscribe to receive free email updates: