Komen Asri tentang jenazah dan hadis timbul tanda tanya

Komen Asri tentang jenazah dan hadis timbul tanda tanya - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Komen Asri tentang jenazah dan hadis timbul tanda tanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Komen Asri tentang jenazah dan hadis timbul tanda tanya
link : Komen Asri tentang jenazah dan hadis timbul tanda tanya

Baca juga


Komen Asri tentang jenazah dan hadis timbul tanda tanya

 
Ia dimuat naik beberapa jam selepas kematian Kassim Ahmad, yang dilabel 'anti-hadis' disebabkan pandangannya mengenai hadis. 


Mohd-Asri-Zainul-Abidin_kassim_600


PETALING JAYA: Sebuah kiriman Facebook oleh Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menerima pelbagai komen daripada pengunjung yang mengaitkannya dengan kematian tokoh akademik kelahiran Kedah, Dr Kassim Ahmad pagi tadi.

Dalam coretan ringkasnya, Asri berkata umat Islam perlu kepada hadis sebagai sumber rujukan, termasuk dalam mengetahui cara menguruskan jenazah.

“Pengurusan jenazah tidak disebut dalam Al-Quran secara terperinci. Cara pengurusan jenazah secara terperinci disebutkan dalam hadis-hadis Nabi.

“Maka, untuk menguruskan jenazah memerlukan hadis-hadis yang thabit dari Nabi. Ertinya, Muslim sebenarnya memerlukan hadis-hadis Nabi dalam banyak perincian amalan hidupnya,” tulis Asri.

Ia mengundang pelbagai komen, termasuk yang mengkritik Asri kerana tidak menghormati kematian Kassim.

“Saya tak sangka Dr Maza sebegini pathetic dan memualkan. Sekurang kurangnya you sbg mujtahid atau intelektual Islam patut ucap ayat ayat yang baik pada beliau, dah meninggal dah pun orang tua tu. Lagipun Pak Kassim menulis panjang lebar, intellectually and scholarly tentang pengajian hadis yang you and your gang tak boleh refute [sangkal] sampai hari ini! Nampaknya you sendiri tak ikut apa yang Nabi buat pada musuh/orang yang berbeza pendapat,” kata Aliff Ashraff.
 maza_comnt1

Seorang lagi pengunjung berkata status dimuat naik Asri itu menyindir Kassim.

“Tidak nafikan keagungan ilmu tuan. Tapi perlukah menyindir jasad yang sudah tiada nyawa lagi? Agaknya sukar untuk sedekahkan Al Fatihah,” tulis Edwin Michael.

“Semasa hidupnya kenapa tak nak berdialog. Bila meninggal baru nak sindir menyindir dan perli. Ini kah akhlak Islam?” soal Muhammad Afifi Abdullah.

Kassim, 84, meninggal dunia pagi tadi selepas koma, kurang sebulan selepas menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru dan injap jantung tersumbat pada 16 September.

Ketika hayatnya, Kassim mengundang kritikan agamawan kerana mempersoalkan kewibawaan hadis sebagai sumber Islam.

Kassim, penulis buku “Hadis: Satu Penilaian Semula” yang diharamkan pada 1986, kerap dilabel sebagai “anti-hadis”.

Tiga tahun lalu, beliau ditahan pihak berkuasa agama dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan menghina Islam.

Kassim didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya kerana kenyataan di sebuah seminar mengenai gagasannya yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Pada 7 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah membebaskan dan melepaskan Kassim selepas mengarahkan tuduhan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ditarik balik, selepas pihak pendakwaan meminta kes terhadap cendekiawan itu ditangguhkan kerana ketua pendakwaraya syariah belum dilantik.

Beliau turut berjaya mendapatkan pengisytiharan dari mahkamah sivil yang tindakan Jawi menahan dan mendakwanya sebagai di luar bidang kuasa agensi itu dan Perlembagaan Persekutuan.



Demikianlah Artikel Komen Asri tentang jenazah dan hadis timbul tanda tanya

Sekianlah artikel Komen Asri tentang jenazah dan hadis timbul tanda tanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Komen Asri tentang jenazah dan hadis timbul tanda tanya dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2017/10/komen-asri-tentang-jenazah-dan-hadis.html

Subscribe to receive free email updates: