Adun BN Perak: Kami sokong hanya untuk bentuk kerajaan

Adun BN Perak: Kami sokong hanya untuk bentuk kerajaan - Hallo sahabat Berita Terkini, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adun BN Perak: Kami sokong hanya untuk bentuk kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adun BN Perak: Kami sokong hanya untuk bentuk kerajaan
link : Adun BN Perak: Kami sokong hanya untuk bentuk kerajaan

Baca juga


Adun BN Perak: Kami sokong hanya untuk bentuk kerajaan

 
Zainol Fadzi dan Nolee Ashilin berkata mereka masih ahli BN dan menyokong menteri besar PH hanya untuk kestabilan di Perak.





PETALING JAYA: Dua Adun BN menafikan laporan mereka melompat parti, sebaliknya berkata mereka hanya mmberi sokongan kepada Ketua Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar bagi memastikan kerajaan Perak yang stabil dapat dibentuk.

Semalam Ahmad Faizal mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar walaupun PH tidak mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Pelantikan dibuat selepas 2 Adun BN memaklumkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bahawa mereka menyokong Ahmad bagi membantu mewujudkan kestabilan di Perak.

Zainol Fadzi Paharuddin, anggota exco kerajaan negeri sebelum ini berkata, beliau dan Nolee Ashilin Mohamed Radzi tidak melompat parti.

“Saya menghadap Sultan untuk memaklumkan kepada baginda bahawa saya menyokong Adun Chenderiang, Ahmad Faizal, sebagai calon menteri besar. Itulah perisytiharan yang saya tanda tangani,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Zainol terpilih sebagai Adun Sungai Manik untuk penggal ke-3 dalam pilihan raya umum minggu lepas.

Katanya beliau tidak diugut atau dipengaruhi dengan apa-apa juga cara supaya membuat keputusan itu, tetapi membuatnya secara sukarela.

Dalam catatan laman Facebook beliau, Nolee berkata, kepentingan rakyat dan kestabilan negeri tidak boleh diabaikan hanya kerana parti politik tidak mempunyai cukup kerusi bagi membentuk kerajaan.

“Menyedari keadaan itu, saya mengambil pendirian bagi memastikan sebuah kerajaan boleh dibentuk mengikut prosedur dengan memberi sokongan kepada seorang calon menteri besar bagi membolehkan proses pembentukan kerajaan berlaku. Ia sangat diperlukan oleh rakyat,” katanya.

Norlee, juga anggota exco kerajaan lepas, menang di DUN Tualang Sekah untuk penggal ke-3.

“Perlu ditegaskan bahawa saya tidak melompat parti dan masih mewakili BN,” tambah beliau. “Saya minta maaf dan bersedia menghadapi serta mematuhi tindakan daripada pemimpin BN,” katanya.

PH memenangi 29 kerusi dalam PRU baru lalu, kurang 1 daripada 30 kerusi diperlukan untuk mendapat majoriti mudah di dewan undangan negeri. Umno dan PAS masing-masing memenangi 27 dan 3 kerusi.

Sokongan Zainol dan Nolee memastikan Ahmad Faizal mendapat majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan.



Demikianlah Artikel Adun BN Perak: Kami sokong hanya untuk bentuk kerajaan

Sekianlah artikel Adun BN Perak: Kami sokong hanya untuk bentuk kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adun BN Perak: Kami sokong hanya untuk bentuk kerajaan dengan alamat link https://beritaterkini333.blogspot.com/2018/05/adun-bn-perak-kami-sokong-hanya-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :